BULANKU

Mak ada beritahu Cik Syarah lahir dalam bulan Ramadhan....maka tepatlah 'carian' ni. Tp mak cakap pada 8 Ramadhan. Klau ikut 'carian' ni pada 12 Ramadhan. Tak tau sama ada mak lupa @ 'carian' ni tak tepat. Tp sebelum jumpa dengan 'carian' ni, Cik Syarah turut ingat malah adakalanya meraikan Hari Lahir pada setiap 8 Ramadhan.
{12 Ramadhan 1404}

SOLAT ISTIKHARAH


Solat Istikharah bermaksud solat yang dikerjakan untuk memohon petunjuk/jalan/pilihan agar sesuatu yang akan dibuat itu hasil kemudiannya menjadi baik dan diberkati. Bermakna apa yang akan kita buat kita mengadu kepada Allah dahulu.

Definisi


Istikharah adalah perkataan Arab yang berasal daripada kata dasar ‘khayara’. Daripada kata inilah terbitnya juga perkataan ikhtiar yang bermaksud pilihan. Apabila ditambah huruf hamzahwasl, sin dan ta di hadapan perkataan ini yang menjadikan ianya disebut istakhara, maka ia bermaksud meminta pilihan.

Jadi solat istikharah itu didefiniskan sebagai solat yang dilakukan semata-mata kerana ingin mendapat petunjuk Allah (melalui solat) kerana kita berhadapan dengan dua atau pelbagai pilihan. Kerana hanya Allah SWT yang amat mengetahui perkara-perkara yang terbaik dan apa yang baik untuk diri kita sebagai hambaNya. Maka sepatutnyalah kita mengadu dan memohon agar Allah membantu dalam membuat pilihan.

Syariat

Solat Istikharah ini adalah salah satu daripada syariat (Ajaran) Islam. Ia disandarkan kepada beberapa hadis daripada Rasulullah SAW. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh kedua-dua iman Bukhari dan Muslim daripada Jabir ra bahawa Rasulullah SAW mengajarkan kami solat istikharah. Sabdanya :

“Apabila kamu dilanda kekusutan terhadap sesuatu, maka hendaklah dikerjakan solat dua rakaat kemudian berdoa”

Dengan doa yang akan disebutkan di bawah ini insya Allah.

Hukum

Solat ini hukumnya adalah sunat. Ia boleh dilakukan bagi memohon petunjuk Allah atas perkara-perkara harus yang menjadi kesamaran kepada umat Islam untuk membuat pilihan. Maksudnya di sini ialah, tidak boleh dilakukan solat sunat istikharah ke atas perkara wajib seperti untuk persoalan adakah perlu aku tunaikan zakat? Haji? Mengenakan tudung (pakaian menutup aurat)? dan lain-lain yang diketahui ia sebagai tuntutan wajib ke atas umat Islam.

Begitu juga tidak boleh dilakukan solat istikharah atas perkara-perkara yang telah nyata haram. Seperti keinginan untuk membuat pinjaman ataupun tidak dengan AhLong yang jelas melibatkan amalan riba, ataupun sama ada ingin melayan atau tidak mengendahkan permintaan rasuah daripada orang yang meluluskan sesuatu perkara/projek dan sebagainya. Sepatutnya mereka terus sahaja tidak membuat pinjaman AhLong yang melibatkan riba dan tidak memberi rasuah. Tidak ada ruang untuk beristikharah dalam perkara berkenaan lagi.

Sebaliknya solat istikharah itu dituntut atas perkara-perkara yang harus seperti ingin memilih jodoh, menerima pinangan, atau membuat pilihan di antara dua atau lebih tawaran pekerjaan halal, atau membuat pilihan sama ada ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sesuai, dalam negeri atau luar negeri dan sebagainya.

Cara melaksanakan solat istikharah

Kaifiyat atau cara-cara mengerjakan solat sunat Istikharah ini sama seperti solat-solat sunat yang lain. Ia dikerjakan sebanyak dua rakaat berdasarkan kepada hadis sahih di atas. Imam al-Nawawi (1993:157) mencatatkan bahawa solat sunat ini terlaksana sama ada apabila seseorang mengerjakan solat rawatib (qabliyah atau ba’diyah) selepas solat fardhu, solat sunat tahiyatul masjid atau solat-solat sunat yang lain. Yang membezakannya adalah doa yang dibaca selepas solat itu. Sekiranya ia membaca doa istikharat (yang akan disebutkan di bawah) maka solat yang dikerjakan itu dikira sebagai solat sunat istikharah.

Kebanyakkan ulama mengkuhuskan solat sunat yang lain daripada solat rawatib dan sebagainya sebagai solat Istikharah. Maksudnya, ia adalah solat yang khusus untuk beristikharah, dengan niatnya yang khusus bahawa ia akan mengerjakan solat istikharah. Seperti niatnya: 
"sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala". 

Mereka juga ada menentukan masa seperti selepas tengah malam atau sebelum subuh bagi mengerjakan solat ini.

Solat sunat Istikharah ini boleh dilakukan sama ada secara bersama dengan solat-solat sunat yang lain, pada waktu-waktu kebiasaan seseorang melakukan solat sunat. Selepas atau sebelum solat fardhu. Contohnya bagi mereka yang datang awal ke masjid, selepas azan zohor, mereka biasa melakukan solat qabliyah zohor, jadi diniatkan untuk beristikharah (baca doa istikharah) selepas solat tersebut. Sejurus selepas solat, ia berdoa dengan doa istikharah maka insyaAllah, ia akan memperolehi pahala solat qabliyah dan solat istikharah secara sekaligus seperti pahala puasa syawal bagi mereka yang melakukan puasa qadha.

Ataupun anda boleh memilih sama ada ingin memperuntukkan waktu yang khusus bagi solat ini pada waktu-waktu yang selesa bagi anda untuk mengerjakannya. Yang penting adalah keikhlasan dan penyerahan diri kepada Allah SWT secara sepenuhnya (sama ada kita berada dalam kesenangan mahupun waktu-waktu sukar dan mencabar).

Niat solat istikharah ialah

أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan solat istikharah dua rakaat 
kerana Allah Ta'ala 

Bacaan surah dalam solat istikharah sebagaimana yang dicatatkan oleh Imam al-Nawawi adalah, pada rakaat pertama dibaca surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua pula surah al-Ikhlas. Kedua-duanya dibaca selepas bacaan surah al-Fatihah. Boleh membaca surah-surah berkenaan sekali sahaja atau diulang sebanyak tiga kali mengikut keselesaan dan keikhlasan anda sendiri.

Doa Istikharah 

Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: 

"Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. 
Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan urusan itu.......) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatkanlah bagiku padanya 
dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan urusan itu.......) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

*(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

Cara berdoa

Memulakan dengan puji-pujian kepada Allah.

Selawat ke atas Rasulullah SAW, keluarganya, sahabatnya dan para pengikutnya.

Bacaan doa di atas

Menyebut perkara yang dihajati (berada dalam kesamaran)

Selawat ke atas Rasulullah SAW, keluarganya, sahabatnya dan para pengikutnya

Diakhiri dengan puji-pujian kepada Allah SWT.

Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.

Allah telah berfirman:


"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".

Semoga mendapat rahmat, pertolongan daripada Allah atas segala niat dan tindakan yang bakal kita ambil. Yang terlebih penting agar ruh agama dan syariat Islam sentiasa segar bak darah yang mengalir dalam diri dan kita tidak terpisah daripadanya melainkan melalui kematian. Firman Allah (Ali Imran:102) 

“Dan janganlah kamu mati melainkan sebagai orang Islam (yang menyerah diri sepenuhnya kepada Allah). Yakni dengan mengikuti dan mengamalkan setiap ajaran Islam dalam menjalani kehidupan di dunia secara total."

Tambahan:

Berdoalah ketika sujud yang terakhir kerana Sabda Rasulullah s.a.w

"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Tetapi sekiranya doa itu selain dari Bahasa Arab, perlu dibaca di dalam hati (jangan dilafazkan). Kerana batal solat jika berbahasa selain Bahasa Arab (doa Arab).

DIA....MUHAMMAD

Junjungan Mulia

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin subuh yang indah
Dua belas Rabiul'awal yang cerah
Dua puluh April tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia


KENAPA VALENTINE?????

Hari Santo Valentine, Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih ialah satu hari santo yang memperingati Santo Valentine pada 14 Februari sebagai hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri; menghantar kad Valentine, menderma atau menghadiahkan gula-gula. Adalah satu kebiasaan juga untuk menghadiahkan bunga pada Hari Valentine. Perayaan ini dinamakan sempena dua orang lelaki, kedua-duanya syahid Kristian Awal yang berkongsi nama Valentine. Perayaan ini kini dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan pengaruh Geoffrey Chaucer pada Zaman Pertengahan Tinggi, apabila mekarnya tradisi cinta asmara.

Hari istimewa ini paling rapat dikaitkan dengan pertukaran surat cinta dalam bentuk "valentine." Lambang-lambang Valentine moden termasuk garis berbentuk hati dan potret Cupid bersayap. Sejak abad ke-19, surat-surat bertulus telah banyak memberi laluan kepada kad ucapan keluaran besar-besaran. Perdagangan Hari Valentine pertengahan abad ke-19 merupakan petanda akan datangnya pengkomersialan perayaan di Amerika Syarikat. Persatuan kad Ucapan A.S. menganggarkan bahawa kira-kira sebilion kad Valentine dikirim di merata dunia setiap tahun, menjadikan Hari Valentine perayaan yang kedua paling banyak pengiriman kad mengekori Krismas. Persautan ini menganggarkan bahawa kira-kira 85% semua kad Valentine dibeli oleh kaum wanita.

Santo Valentine dibunuh pada tanggal 14 atau tanggal 24 Februari di tahun 269 atau 270. Hari Valentine diraikan pada 14 Februari untuk menghormati St Valentine.


Dalam Al-Quran tiada hari-hari tertentu untuk berkasih sayang. Dalam Islam, kita disuruh saling menyayangi untuk mendapat redha Ilahi.

Janganlah menjadi kufur hanya kerana taksub dengan Hari Memperingati St Valentine ini....

WEEDING GEMPAR



ANIP & HURAIZAH
(SMAD)
11 DEC 2010

FRUST BERCINTA????


Pesan Hukama: "Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika."

Kkita rasa dialah terbaik untuk kita (You are the answer to my prayer). Tapi entah macam mana, dia berpaling tadah/menolak/melukai kita atau sebagainya. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, "Mengapa aku terpaksa menanggung derita ini." Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik/terkacak, ter...ter...segala-galanya. Sukar membayangkan orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi/putus, kita berkata, "Ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?"

Jangan kata kenapa aku kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah. Antara bukti cinta Allah pada hambanya adalah dengan memberikan ujian. Jadi, tidakkah kita merasa gembira disayangi olehNya?

Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta Allah. Dan DIA memutuskan untuk memberikan yang lebih baik.....Perancangan Allah itu adalah yang terhebat. Kita selalu berdoa padaNya meminta yang terbaik tetapi mengapa kita marah apabila Dia menjauhkan kita daripada 'keburukan'.

Allah tidak pernah memberikan keburukan kepada hambaNya. Hanya kita yang selalu kufur dengan pemberianNya. Alpa dengan nikmatNya, dan apabila Dia menarik semula nikmat itu, kita memarahiNya, menyalahkanNya dan memusuhiNya padahal kita melupakanNya apabila Dia memberikan kebahagian kepada kita.

(Segala Ilmu itu milik Allah)

(diedit dari buku Tentang Cinta-Pahrol Mohd Juoi)

❤❤بارك الله لكما وبارك عليكما❤❤ DOA PERKAHWINAN


We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice


Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home

Filled with laughter
Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

❤❤DARI HATI KE MATA❤❤


"Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan."
~Al-Farabi~

ALLAH SENGAJA MENEMUKAN KITA DENGAN PASANGAN YG SALAH


Kita bukan bertemu dengan orang yang salah, tetapi kita hakikatnya diberikan oleh Allah ilmu berharga yang tidak semua orang boleh merasakannya. Oleh itu bersyukur & selalu bersangka baik kepada Allah.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat
menjadi penilai yg baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa
kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa
dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang mengalaminya
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
ALLAH tidak pernah silap memberi pasangan kepada kita.....

JOM JADI KAYA

Rezeki ALLAH seluas-luasnya. Setiap yang diciptakan oleh ALLAH adalah rezeki buat hambanya di muka bumi ini. Apa yang diperlukan adalah usaha untuk mencarinya. Dan dalam pencarian itu, ALLAH tidak pernah putus-putus membantu bagi mempermudahkan pencarian hamba-Nya.

Semasa kecil, emak Cik Syarah telah menghadiahkan AYAT 1000 DINAR ini untuk dihafal dan diamalkan. Emak hanya memberitahu bahawa AYAT 100 DINAR ini 'Pembuka Rezeki' dan jika selalu diamalkan, rezeki akan selalu murah.

Bila Cik Syarah dewasa, mula mendalami ilmu agama ALLAH, Cik Syarah dapati kata-kata emak ada kebenarannya. Malah lectures Cik Syarah pun selalu berpesan pada kami agar mengamalkan AYAT 1000 DINAR ini.

Dulu juga, Kak Ngah Cik Syarah ada berpesan agar dibaca Ayat 1000 DINAR ini 3x selepas solat. Dan dia dah rasa kebenarannya.

Apa yang Cik Syarah dapat....
Benar Cik Syarah tak kaya....tetapi Cik Syarah tak pernah miskin. Duit sentiasa ada walapun sedikit. Malah acapkali apa yang diminta cepat termakbul, malah adakalanya yang Cik Syarah tak minta pun dapat. Dan adakalanya juga, Cik Syarah terima rezeki yang tidak pernah Cik Syarah sangka-sangka.

Rezeki ALLAH itu pelbagai. Bukan dari segi wang ringgit sahaja. Kita mendapat family yang baik...rezeki. Kita mendapat kerja yang baik...rezeki. Kita mendapat kawan yang baik...rezeki. Kita mendapat boypren/girlpren yang best...rezeki. Kita dapat husbnd/wife yang best....rezeki. Kita mendapat tempat tinggal yang sistematik...rezeki. Malah kematian kita dalam 'husnul qhotimah' juga.....rezeki.

Yakinlah pada ALLAH. Bertawakkallah kepada-Nya. Dan selalulah mengingati ALLAH. Dan pohonlah sebanyak mungkin permintaan kerana DIA sukakan hamba yang meminta-minta pada-Nya.

Marilah kita sama-sama amalkan AYAT 1000 DINAR ini dan yakinlah pada DIA Yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah....

{Segala Ilmu & Pengetahuan itu milik ALLAH}