MINYAK WANGI-SUNNAH

Hari ini Cik Syarah menonton Rancangan Dr Mashitah tentang SUNNAH DALAM MEMAKAI MINYAK WANGI. Tetiba Cik Syarah rasa terpaku seketika krn Cik Syarah agak alergik dgn bauan minyak wangi-pening. Tp dari bual-bicara & soal jawabnya, jelas bhw Rasulullah malah Allah suka pada bauan-bauan yang wangi manakala syaitan dan iblis gemarkan bauan busuk. Dari penerangan dan carian, Cik Syarah nekad utk mencuba mendekati malah Cik Syarah sendiri akan mencuba memakai minyak wangi. (^_^)

Wangi-wangian juga adalah merupakan kegemaran Rasulullah SAW, di mana beliau pernah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyukai setiap yang berbau harum (wangi) dan suka pada pakaian yang bagus-bagus" (HR Ad-Dailami)

Rasulullah SAW sangat berminat dan memakai wangi-wangian, sebaliknya membenci bau-bauan yang busuk dan keji. Keadaan ini dirakamkan oleh sahabat Nabi SAW, iaitu Anas bin Malik r.a, Sesungguhnya Nabi SAW tidaklah beliau menolak (apabila diberikan) wangi-wangian)


Sejarah MINYAK WANGI


Berasal dari Mesir, bukan dari negara Perancis iaitu negara yang dikenali hebat sebagai pengeluar perfumes. Ketika itu, di Mesir, pewangi digunakan untuk berbagai keperluan ritual bermula dari ketika kelahiran anak sehingga ke upacara kematian. Dupa dan kayu manis dibuat sebagai bahan asas yang diolah dengan cara digiling, diparut dan ditumbuk. Setelah itu, barulah proses pembuatan perfume kian maju dengan adanya proses secara teknologi terkini, iaitu mengambil wangian melalui wap air di dalam proses penyulingan. Setelah itu, barulah hasil penyulingan itu diolah menjadi berbagai jenis campuran essence (pewangi) dan kadar alkohol, di mana setiap jenisnya memiliki ketajaman aroma yang berbeza-beza.

APA ITU EDC, EDT, EDP Perfume

• Eau de Cologne (EDC)
Ini merupakan jenis wangian paling ringan. Itu kerana kadar alkoholnya paling tinggi dan hanya terdapat sekitar 5 peratus campuran pewangi. Jenis ini wangiannya cepat hilang. Jenis ini sesuai digunakan apabila selesai mandi.



• Eau de Toilette (EDT)

Wangian ini satu tahap lebih tinggi di atas cologne. Kadar alkoholnya juga tinggi, walaupun tidak setinggi cologne, sementara kadar pewanginya hanya sekitar 12 peratus. Bila mahu mendapat kesegaran yang boleh bertahan cukup lama, jenis wangian ini merupakan pilihan yang paling ideal, kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam serta boleh bertahan hingga 3-4 jam, sesuai untuk semua keadaan.



• Eau de Perfume (EDP)

Wanginya cukup tahan lama hingga 4-6 jam. Jenis wangian yang ini memiliki kadar alkohol sedikit sementara kadar pewanginya sekitar 15 hingga 22 peratus. Oleh sebab itu, bau wanginya cukup kuat dan tahan lama sehingga lebih sesuai digunakan di malam hari, terutama untuk menghadiri acara rasmi.


• Perfume

Dari semua jenis wangian, jenis ini dia yang paling bertahan lama sehingga 6-12 jam. Kadar aromanya mencapai 22 peratus tanpa campuran alkohol. Tidak perlu terlalu banyak memakai jenis wangian ini kerana wanginya sudah boleh tercium dari jarak yang cukup jauh.


Perlu ada beza di antara minyak wangi wanita dengan minyak wangi lelaki.


Wangian lelaki
Disunatkan lelaki memakai berwangi -wangian dengan minyak wangi, bedak dan sebagainya kerana hadis daripada Abi Ayyub r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)
Maksudnya: “Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat.” (Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)
Wangian lelaki disunatkan yang tidak berwarna samada di dalam atau diluar rumahnya. Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya: wangian lelaki apa yang jelas baunnya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya. (hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)


Wangian wanita
Di luar rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang lepas. Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga dihidu oleh lelaki yg bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)
Bukanlah wanita itu dilarang sama sekali menggunakan bau-bauan bila dia keluar tetapi yang dilarang adalah yang sehingga dihidu oleh orang sekilingnya. Janganlah wanita itu meninggalkan bau-bauan sehingga menyebarkan bau yang tidak elok kepada sekitarnya.


Wangian Rasulullah
Rasulullah adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a menceritakan :
Maksudnya: “Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w.” (Hadis sahih Bukhari Muslim)
Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (Hr Abu Daud – sanad hasan).
Makruh menolak pemberian wangian
Jika seseorang diberi wangian sperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi s.a.w diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari). Nabi s.a.w bersabda:
Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (Hr Muslim)
Hukum Memakai Minyak Wangi dan Minyak Rambut Beralkohol

ADAKAH SAH SEMBAHYANG DENGAN MINYAK WANGI DAN MINYAK RAMBUT YANG MENGANDUNGI ALKOHOL??


Islam telah meletakkan kebersihan sebagai kunci bagi sahnya ibadat sembahyang. Oleh kerana itu tidak akan diterima sembahyang seorang muslim sehingga badannya bersih, pakaiannya bersih dan tempat yang digunakan pun dalam keadaan bersih. Kebersihan dikira sebagai menentukan sahnya sembahyang seseorang itu, kerana najis yang terdapat pada tubuh badan, pakaian atau tempat sembahyang boleh menyebabkan sembahyangnya tidak sah.


Pengertian alkohol :


Alkohol ialah bahan cecair tanpa warna yang mudah mengewap menjadi gas dan mudah terbakar. Ia boleh dihasilkan melalui dua cara.
i. Penapaian yis karbohidrat (yeast fermentation of carbohydrates)
Cara ini merupakan cara menghasilkan khamar (arak) atau minuman yang memabukkan.


ii.Sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia (yang bukan daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan binatang) dengan penghidratan etil (hydration of ethylene). (The New Websters Encyclopedic Dictionary Of The English Language: 17)


Kenajisan arak :


Menurut jumhur (majoriti) ulama yang terdiri daripada Imam-Imam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafie˜i, Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lain ulama rahimahumullah, arak adalah najis berdasarkan firman Allah s.w.t.
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengadu nasib dengan batang batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah al-Maidah ayat 90)




Oleh kerana arak itu menurut jumhur ulama adalah najis, maka alkohol yang terdapat dalam arak itu pun adalah najis juga. Dari itu, mana-mana alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak adalah najis juga hukumnya.

Ini memberi maksud bahawa kenajisan alkohol adalah bertitik tolak dari sebab kenajisan arak. Dari itu, dapat difahami bahawa alkohol itu bukanlah semestinya najis jika ia tidak diambil daripada arak, sebagai contoh tapai yang biasa dimakanpun menurut pakar ada mengandungi alkohol, namun ia tidak haram dimakan kerana sifatnya yang tidak memabukkan.

Akan tetapi, jika tapai itu sifatnya memabukkan (sampai ke peringkat boleh memabukkan), maka memakan tapai itu adalah haram.

Adapun alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia yang mana sifatnya sangat memudharatkan seperti mana racun, ia adalah suci seperti sucinya ganja, candu, morfin dan lain-lain yang memudharatkan di mana tidak ada seorang ulamapun yang menghukumkannya sebagai najis ainiyyah.

Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa salah satu najis itu ialah setiap yang memabukkan dalam bentuk cecair. Maksudnya setiap yang memabukkan lagi cair.

Imam Ibnu Hajar rahimahullah dalam menghuraikan kata-kata Imam an-Nawawi rahimahullah di atas berkata: "(Tiap-tiap yang memabukkan) ialah tiap-tiap yang boleh memabukkan. Maka termasuk dalam pengertian itu setitik yang memabukkan; dan yang dikehendaki dengan yang memabukkan di sini ialah apa jua yang boleh menutup atau menghilangkan upaya akal.

Ibnu Hajar rahimahullah menghuraikan lagi: (Cecair) itu seperti arak dengan segala jenisnya yang diambil daripada anggur; dan nira (tuak) yang diambil selain daripada anggur. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa setiap arak mengandungi alkohol, tetapi tidak semua alkohol berasal daripada arak.


Hukum alkohol daripada arak.

Alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak, meminumnya adalah jelas haram sebagaimana keterangannya di atas. Adapun menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak adalah haram juga, kerana berlumur dengan najis tanpa ada keperluan yang syar’i adalah haram hukumnya sebagaimana kata Ibnu Hajar rahimahullah: "Haram berlumur dengannya (najis) di luar sembahyang pada badan dan pakaian dengan tiada apa sesuatu hajat (yang syar’i)"

Dengan itu, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak kerana ia adalah najis.


Hukum alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia.

Alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun. Bagaimanapun minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis.

Dari itu, adalah sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.


Oleh itu jelaslah menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang bersumber daripada arak adalah haram, kerana ia adalah najis dan tidak sah dibawa sembahyang. Manakala minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah diharuskan, kerana ia bukan najis dan sah dibawa sembahyang.


Walau bagaimanapun apabila timbul keraguan terhadap kedudukan alkohol yang terdapat dalam minyak wangi atau minyak rambut, sama ada ia diambil daripada sumber yang najis atau sumber yang suci, menurut ajaran Islam adalah lebih selamat perkara tersebut ditinggalkan dari menggunakannya. Tambahan pula di pasaran banyak terdapat minyak wangi atau minyak rambut yang sama sekali tidak mengandungi alkohol yang boleh menjadi pilihan kita


Minyak Wangi Kasturi



Di antara minyak wangi yang paling disukai oleh orang Islam ialah minyak wangi kasturi, dan ia juga biasa digunakan sebagai perisai untuk mempertahankan diri daripada gangguan makhluk-makhluk halus selain daripada untuk menikmati kewangiannya.


Allah menyebut wangian kasturi ini dalam kitab suci al-Quran. Dalam Surah Al-Mutaffifin Allah berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang berbakti [dengan taat dan amal kebajikan], tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat. Mereka berihat di atas pelamin-pelamin [yang berhias], sambil melihat [segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ]. Engkau dapat melihat pada muka mereka:cahaya nikmat yang mereka perolehi. Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya. Meterainya kasturi;- dan untuk [nikmat kesenangan] itulah hendaknya berlumba-lumba mereka yang merebut kelebihan dan kesenangan”. Al-Mtaffifin:22-26.

Baginda Rasulullah S.A.W. juga menggemari minyak wangi kasturi.

Sabda Rasulullah S.A.W. “Sebagus-bagus wangian ialah minyak kasturi”. HR:Muslim.

Biasanya wangian kasturi ini diperolehi daripada sejenis musang jebat yang dipanggil musang kasturi [rase].

Selain itu ada sejenis pokok yang batangnya berbau wangi, iaitu kuay kasturi.

Khasiat Minyak Kasturi
Minyak kasturi memang mempunyai banyak guna. Ini adalah hasil kajian yang dijalankan oleh ilmuan-ilmuan Islam, terutama Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyya r.a. Antara khasiatnya mengikut MUTIARA HIJRAH ialah:
1.Memberi kekuatan kepada roh.
2.Menenagkan jiwa [hati].
3.Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak.
4.Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan.
5.Menghilangkan debaran jantung.
6.Menghilangkan sesak nafas.
7.Melegakan lelah [asma].
8.Menyedarkan orang yang pengsan.
9.Memperkuatkan organ [anggota] luaran.
10.Memperkuatkan organ dalam tubuh.
11.Menghilangkan kegementaran tubuh.
12.Menghilangkan sejuk tubuh.
13.Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh.
14.Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang.
15.Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing.
16.Menjernihkan mata putih pada mata.
17.Berfungsi memelihara kesihatan secara menyeluruh.
18.Menghindarkan wabak penyakit.
19.Dapat melanjutkan usia.
20.Meredhakan Allah, disukai para malaikat dan orang-orang soleh, sebaliknya dapat mengusir syaitan dan kuncu-kuncunya.
(sesungguhnya segala ilmu & rahsia itu milik Allah)

9 comments:

  1. MOHON SHARE & SEBAR

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. untuk minyak wangi anda..... http://nurkasihperfume.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Assalam,

    Saya sebenarnya sangat musykil dengan satu hadis nabi yang dinyatakan di atas iaitu
    "Sesiapa yang menghabiskan 1/3 dari hartanya untuk wangian, maka dia bukanlah dari golongan yang membazir." Boleh nyatakan sumber hadis tersebut? Syukran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam. Thanks 4 asking. Sy padamkan dulu hadis tu smntr sy dptkn kesahihan hadis tu.
      Sblm ni sy dpt hadis tu dr ceramah seorg ustazah.
      Terima kasih lg skali (^_^)

      Delete
  6. Assalamualaikum wm wt. sekadar perkongsian ilmu. Minyak wangian perubatan kosmatik yang dicampur alkohol telah jelas dibincangkan dengan panjang lebar dan telah pun diputuskan oleh majlis fatwa kebangsaan semenjak 1 jan 1970 hingga kini. Persoalannya, minyak wangi tanpa alkohol boleh kah di bawa solat.

    Dalam kajian yang kami buat beserta bioteck melaka, mendapati bahan asas wangian adalah bersih, masalahnya untuk membanyakkan wangian itu, dicairkan menggunakan minyak putih.....masalahnya minyak putih itu diperbuat dari lemak haiwan. 2 persoalan yang timbul, 1)lemak apa? tak pe sangka baik dulu...katelah lemak lembu......persoalan kedua timbul 2) kebanyakan minyak ini di proses di eropah... lembu ini atau binatang ini di proses atau di sembelih cara bagaimana?

    boleh semak sendiri, sapu sikit wangian ini pada pakaian, jika lekat bekas atau tompok...wangian itu dicampur dengan lemak haiwan.

    persalan kasturi memang bagus.....banyak ke kasturi itu atau diperbanyakkan dengan mencampur minyak putih untuk dicairkan....persoalan bukan wangian itu tetapi cecair minyak putih itu?

    persoalan kedua...selalu di perkatakan pati minyak wangia atau pati wangian.....persoalan saya timbulkan...adakah wangian itu pati...atau telah dicairkan. jika telah dicairkan...itu bukan pati....dan perkataan pati tidak boleh digunakan. Hukumnya seperti mencampur air dengan susu....ingat lagi kisah itu?.... bila menjual atau menjadi penjual, kita harus hati2 sebab kita akan dipersoalkan oleh allah nanti bila ribuan orang menuntut depan allah kerana najis yang kita jual...jika benar itu haiwan yang tak boleh digunakan atau tidak diproses cara yang betul.....selidik dulu tuan2 kesucian bahan yang kita niaga. hanya sekadar berkongsi...Allah maha tahu...saya hanya mengkaji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di ats prkongsian & pncerahan. Sgt mmbantu & really appreciate it.
      Sy mmg x arif ttg pembuatan minyak wangi. Malah sy sndiri x pakai minyak wangi....
      Apa yg sy kongsikan ni adlh pncerahan yg sy baca & dgr dr Dr Mashitah.

      Jd blh suggest minyak wangi yg mcm mana yg kita patut guna?..Thanks in advance (^_^)

      Delete

Jom Share (^_^)