KAFFARAH BERBUKA PUASA PADA SIANG RAMADHAN


Kaffarah - Orang yang diwajibkan kaffarah ini ialah orang yang merosakkan puasanya pada siang hari bulan Rmadhan kerana jimak
Suami yang wajib membayar kaffarah, wlaupun isteri juga berpuasa ketika berjimak kerana dalam hal ini kuasa untuk berjimak di tangan suami.

SYARAT
Orang yang berjimak
  • sedang melaksanakan puasa secara sah
  • mengetahui tentang keharaman berjimak di siang hari Ramadhan
  • bukan yang diberi pengecualian untuk berbuka spt bermusafir
Tidak perlu kaffarah jika
  • terlupa ia sedang berpuasa
  • tidak memahami hukum
  • sedang berpuasa sunat
  • berbuka sahaja tanpa berjimak
  • bermusafir dan berjimak dalam perjalanan tersebut
hanya mengqada puasa sahaja

KAFFARAH
  • memerdekakan seorang hamba yang beriman lelaki @ perempuan, jika tidak mampu
  • berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak mampu
  • memberi makan 60 orang miskin;secupak beras @ makanan asasi.
*Kewajipan ini mesti dilaksanakan, jika belum mampu ketika itu, maka perlu membayarnya apabila ia mampu.

Hadis dari Abu Hurairah r.a katanya :

"Ketika kami duduk bersama Rasulullah s.a.w tiba-tiba datang seorang lelaki, dan berkata: "Wahai Rasulullah celaka saya". Rasulullah s.aw berkata: "Kenapa engkau ni?" Ia berkata: "Aku telah jimak dengan isteriku sedangkan aku berpuasa dalam bulan Ramadhan". Rasulullah s.aw bertanya: "Apakah kamu mempunyai hamba untuk dimerdekakan?". Jawapnya: "Tidak". Rasulullah bertanya lagi: "Apakah kamu sanggup melaksanakan puasa dua bulan berturut-turut?" Jawabnya: "Tidak". Rasulullah bertanya lagi: "Apakah kamu mempunyai makanan untuk diberikan kepada 60 prang miskin?" Jawabnya: "Tidak" Lalu Rasulullah meninggalkan kami sebentar. Ketika kami masih berada di sana, Rasulullah datang membawa satu raga kurma, lalu beliau bertanya: "Mana orang yang bertanya tadi?" Lelaki tersebut menjawab: "Saya ya Rasulullah" Rasulullah bersabda: "Ambillah ini dan bersedekahlah", Lelaki tersebut bertanya: "Apakah ada orang yang lebih fakir lagi daripada aku ya Rasulullah?", Lalu Rasulullah tergelak sehingga nampak gigi taringnya dan bersabda: "Berikanlah makanan tersebut kepada keluargamu"
(al-Bukhari & Muslim)

Mengikut para ulama mazhab Syafie, sekalipun tiada seseorang Muslim yang miskin, ia mesti membayar kaffarah, walaupun dia miskin & untuk membayar kaffarah tersebut mungkin ada yang membantu, tetapi makanan itu tidak boleh dibeikan kepada keluarganya, cerita di dalam hadis di atas adalah khusus kepada lelaki tersebut.

PUASA SELEPAS SETENGAH SYAABAN



Pendapat Ulama
Terdapat tiga pendapat dalam hal ini:


a) Pendapat Pertama
Harus berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini adalah pendapat jumhur ulama di kalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki, dan mazhab Hanbali.


b) Pendapat Kedua
Makruh berpuasa selepas setengah Syaaban bagi mereka yang tiada kelaziman puasa sebagai adat. Adapun bagi yang ada kelaziman puasa, hukumnya tidak makruh. Ini adalah pandangan mazhab Syafie.


c) Pendapat Ketiga
Haram berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini pendapat Ibnu Hazm Al-Zahiri.


Dalil

Ø Dalil Pendapat Pertama
Jumhur ulama berhujah dengan hadis di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila berlalu separuh bulan Syaaban, maka tidak ada puasa sampai datang bulan Ramadhan.”

Tetapi kalau seseorang itu sudah biasa berpuasa pada hari-hari tertentu, maka tidaklah diharamkan, kerana ada hadis lain yang memberi penjelasan, daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w, maksudnya :

“Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu”

Penjelasan dalil
Hadis tersebut melarang mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari. Ini bererti boleh mendahuluinya jika lebih daripada itu. Iaitu selepas setengah Syaaban.


Ø Dalil Pendapat Kedua
Mazhab Syafie pula berhujah dengan hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Apabila tiba setengah Syaaban, maka janganlah berpuasa”


Ø Dalil Pendapat Ketiga
Ibnu Hazm berhujah dengan hadis yang sama, iaitu larangan daripada puasa selepas setengah Syaaban.


Kesimpulan

  • Mereka yang cenderung mengatakan hadis larangan puasa selepas 15 Syaaban adalah sahih, maka hukumnya makruh berpuasa kecuali ada kelaziman puasa.
  • Mereka yang cenderung kepada mendhaifkan hadis tersebut - dan ia lebih tepat - hukum berpuasa adalah harus, tidak ada sebarang larangan samada haram atau makruh.

* INI KHUSUS UNTUK BERPUASA SUNAT. BAGI PUASA WAJIB (QADA' @ NAZAR) BOLEH DILAKUKAN KECUALI PADA HARI SYAK IAITU 30 SYAABAN - KRN DIKUATIRI JATUH RAMADHAN KETIKA ITU.

Wallahu A’lam. Segala Ilmu itu milik Allah dan Dia mengetahui segala rahsia.