PUASA SUNAT SYAWAL


“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”

Ulama berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qadha) Ramadhan.

Pendapat Pertama :
Tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Hal ini berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.
Imam As-Syafi’i (dalam Kitab Al-Umm)berpendapat “setiap amalan dengan niatnya” bahawa : Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadhan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qadha dan puasa sunat.
Pendapat Kedua :
Dibolehkan niat bersama malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qadha dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qadha pada bulan Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat perlu berniat puasa qadha terlebih dahulu. Hal ini kerana puasa qadha adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
Bagaimanapun dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa yang tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal supaya mendapat ganjaran yang lebih.
Kesimpulannya :

Boleh puasa ganti disekalikan dengan puasa sunat Syawal tetapi lebih afdhal (baik) dilakukan puasa qadha terlebih dahulu kemudian dibuat pula puasa sunat enam Syawal (jika mampu/jika sempat).
"Segala Ilmu Itu Hanya Dalam Pengetahuan Allah"