BESTNYE BACA SURAH YAASIIN



Seperti telah menjadi adat, membaca Surah Yaasiin HANYA pada malam Jumaat. Malah ada yang hanya membaca ayat-ayat suci Allah pada malam Jumaat sahaja. Tapi, tak apalah, membaca sekali lbh baik daripada langsung tak baca... Tapi membca berulang kali lbh baik drpd hanya sekali...


Tahukah kita sebnrnya terdapat banyak Fadhilat Membaca Surah Yaasiin....ini antarnya :


Ø Daripada Anas, Rasulullah saw bersabda: “Setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin” dan sesiapa yang membaca Yaasiin, maka Allah swt tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali. (HR. Al-Tarmizi)


Ø Daripada Abi Hurairah r.a, bersabda Rasulullah saw:”Sesiapa yang membaca Yaasiin pada waktu malam, maka akan diampunkan keesoknannya. Dan sesiapa yang membaca “Haamim Al Dukhan” nescaya akan diampunkan baginya keesokannya.” (HR. Ibnu Katsir)


Ø Daripada Abdullah berkata: Rasulullah saw telah bersabda: “Sesiapa yang membaca Yaasiin waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah swt, maka akan diberi keampunan baginya.” (HR. Ibnu Katsir)


Ø Daripada Ma’qil Ibni Yasar berkata:”Al Baqarah adalah rangka. Al Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. Dan surah Yaasiin adalah jantung hati Al-Quran.


Ø Daripada Ma’qil Ibni Yasar berkata: Rasulullah saw bersabda: “Bacalah Yaasiin atas mereka yang meninggal dunia.” (HR. Ibnu Katsir-Abu Daud dan Al Nasa’i)


Ø Sesetengah ulama berkata tentang Yaasiin bahawa antara keistemewaan surah Yaasiin ialah apabila dibaca tidak ada kesulitan melainkan dimudahkan oleh Allah. Dan adalah bacaanya (Yassin) ketika nazak, maka rahmat dan berkat turun dan dipermudahkan baginya roh keluar dengan nazaknya. (HR. Ibnu Katsir)


Ø Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi saw bersabda: “Adalah saya suka kalau surah Yaasiin dalam hati setiap insan daripada umatku.” (Riwayat Bazzar, Ibnu Katsir)


Ø Dari pada Safuan berkata: Adalah alim ulama berkata: “Apabila dibaca Yaasiin ke atas mayat, amak diringankan Allah baginya (Sakaratulmaut). (HR. Ahmad dan Ibnu Katsir)