JIKA KAMU MENCINTAI SESEORANG


Jika kamu menyukai seseorang, usahlah pamerkan kasih sayangmu,
kelak kamu akan kecewa....

Jika kamu meminati seseorang, usahlah menunjukkan kepada si dia,
kelak kamu akan menderita...

Jika kamu berkenankan seseorang, usahlah luahkan pada si dia,
sebaliknya luahkanlah hanya pada Dia...

Jika kamu memang benar-benar tergila-gilakan seseorang,
mintalah daripada Allah s.w.t, kerana Dia Maha Mendengar...

Jika benar cinta kamu kepada seseorang itu kerana Allah s.w.t,
siapa tahu Dia menggerakkan hati kamu berdua sehingga menjodohkan kalian di dunia hingga ke syurga...

Insyaallah...yakinlah pada Pemilik Cinta


BATALKAH WUDUK SUAMI ISTERI?????


"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih iaitu; sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur."
(Al-Maidah : 6)

Dari dalil di atas, Mazhab Syafie mentafsirkan perkataan lamastum ialah bermaksud bersentuhan antara lelaki dan perempuan termasuk suami dan isteri. Dalam masalah ini terdapat pendapat dari mazhab-mazhab lain yang berbeza pandangan mereka dengan Mazhab Syafie. Antaranya ialah:

  1. Mazhab Hanafi mentafsirkan perkataan lamastum adalah bermaksud jimak bukan bermaksud bersentuhan. Maka mereka mengatakan bahawa bersentuhan suami isteri tidak terbatal wuduk.
  2. Mazhab Maliki menyatakan bersentuhan kulit antara suami isteri dengan keadaan bersyahwat atau talazuz (bersedap-sedap) maka batal wuduknya, tetapi jika bersentuhan tanpa syahwat tidak batal wuduknya.
  3. Syiah berpendapat tidak terbatal wuduk antara suami dan isteri kerana mereka ini telah menjadi  muhrim disebabkan perkhawinan di antara mereka
Kesimpulan dari huraian dia atas, maka bersentuhan antara suami dan isteri terbatal wuduknya kerana kita berpegang kepada Mazhab Syafie