AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH WANITA KETIKA HAID & NIFAS

Walaupun Allah Bagi Cuti, 
 jangan 'cuti' dari mengingatiNYA
 #bacaan untuk wanita
dan
pengetahuan untuk lelaki


EXAM SEMESTER 7

Permudahkan Ya Allah …

DOA SAKIT KEPALA

Baca Ayat 19 dari Surah al-Waqiah untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan, insyaAllah.


Maksudnya:

"Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya."

HUKUM MENEPUNG TAWAR/MENABUR BERAS/MERENJIS PENGANTIN

Menurut Profesor (Pensyarah Subjek Persoalan Fiqh Semasa kelas semester 7 Ijazah Syariah) hukum menepung tawar / menabur beras / merenjis pengantin :

  • Hanya sekadar adat, sememangnya tiada dalam hukum syarak. 
  • Tiada dalil yang melarang perbuatan ini (menepung tawar / menabur beras / merenjis pengantin) maka tiada masalah jika dilakukan tetapi boleh jatuh haram jika ada pensabitan/unsur lain seperti dilakukan kerana bertujuan menolak bala atau ada unsur syirik / khurafat, jika benda yang ditabur itu makanan seperti beras kunyit maka  berlaku pembaziran - ditegah kerana pembaziran adalah amalan syaitan. 
  • Walaubagaimanapun pembaziran yang dibuat seperti pelamin yang terlalu gah, hantaran mahal - mahal yang bertujuan menunjuk - nunjuk dan sebagainya, itu yang terlebih dulu dilarang jika dibandingkan dengan adat merenjis. 
Rumusan hukum:
  • Haram jika dilakukan sebagai satu cara/upacara memohon perlindungan/tolak bala (perkara khurafat/syirik)
  • Harus jika ia adalah sekadar penyeri majlis tanpa apa-apa maksud lain di sebaliknya. (Meraikan adat yang tidak menyalahi syarak diharuskan)
  • Sesetengah pihak melarang hal-hal di atas kerana ia bukan berasal dari budaya Islam. Hal ini diakui, namun perlu diingatkan bahawa Islam tidak melarang sebarang adat dan budaya selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur haram di dalamnya. (Islam agama yang sentiasa memudahkan umatnya, tidak jumud/kuno/sempit)
Dikongsikan juga pendapat Ustaz Azhar Idrus :
  • Menabur beras kunyit asalnya adat orang Hindu dan ianya adalah pembaziran kecuali pengantin itu adalah pengantin ayam.
  • Menepung tawar adalah membazir, lebih baik guna tepung buat cekodok bagi makan pada pengantin.
  • Merenjis air mawar dibolehkan kerana bertujuan untuk wangian tapi jika pengantin jenis tak solat, jangan guna air mawar tapi renjis guna air longkang.
Penambahan:

Pengamatan Profesor yang boleh dijadikan dalil merenjis air mawar pada pengantin diharuskan bagi meraikan adat yang tidak menyalahi syarak: 
Semasa beliau menghadiri perkhawinan anak Ustaz Haron Din, Ustaz Haron Din juga merenjis air mawar pada anaknya.

Terima kasih Allah kerana izinkanku mendalami agamaMu (^_^)

PERISTIWA MENARIK SEMASA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Pada Subuh hari kelahiran Baginda, keadaan Makkah dan sekelilingnya ketika berada di dalam keadaan damai dan menenangkan jiwa. Angin yang bertiup sepoi-sepoi, keadaan alam ketika itu seolah-olah menyambut ketibaan tetamu agung yang tidak pernah dirasai oleh penduduk Makkah sebelum ini.

Kelahiran bayi ini disambut dengan sukacita oleh keluarga Bani Hasyim. Di negeri Parsi, kelahiran Muhammad bin Abdullah memadamkan api-api keramat kaum Majusi di kuil-kuil yang selama seribu tahun tidak terpadam semenjak ia dihidupkan. Kelahiran Muhammad s.a.w. juga menggoyangkan tiang-tiang utama istana Qisra Rumawi dan menyebabkan menaranya roboh. Berhala-berhala yang memenuhi pelantaran Kaabah retak dan bergoncangan. Cahaya dari tubuh Muhammad s.a.w. memancar naik ke langit dan menerangi semua tempat yang dilaluinya. Muhammad s.a.w. lahir dengan membawa panji-panji risalah terakhir dari Allah s.w.t. untuk umat manusia.

Anusyirwan dan pendeta-pendeta mendapat mimpi yang menakutkan. Ketika lahir, nabi kecil ini telah telah tersunat dan tali pusatnya pun sudah terpotong. Ketika lahir di dunia, Baginda s.a.w. berkata:

"Allahu Akbar, Alhamdulillah. Dialah Allah yang harus disembah siang dan malam."

Peristiwa yang mengawal kelahiran setiap nabi tidak ada yang terjadi secara kebetulan. Semua peristiwa itu berada dalam realiti dan perencanaan Allah s.w.t., khususnya yang berkenaan dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. baik dalam Taurat mahupun Injil.

Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-Quran:

"Dan ingatlah ketika Isa putera Maryam berkata, "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah padamu, membenarkan apa yang sebelumnya dari Taurat pemberi khabar gembira dengan seorang rasul yang akan datang sesudahku namanya Ahmad." Maka tatkala dia datang kepada mereka dengan keterangan-keterangan, mereka berkata, "Ini adalah sihir yang nyata."
(Surah As-Shaff ayat 6)

لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْب
لَدَنَا القَاصِيْ وَالْقَرِيْب
مِنْ طَيِّبَةٍ قَبْلَ الْمَغِيْب 
طَالِباً قُرْبَ الحَبِيْب

Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasihMU



Jom perbykkn selawat!
Salam Mulidur Rasul ( ^ _ ^ )

BERSEGERALAH DALAM MELAKUKAN KEBAIKAN

Bersegeralah dalam melakukan kebaikan

Bila kita terfikir untuk melakukan kebaikan/amal/ibadat, segerakanlah kerana kita tidak tahu bila ajal kita.

Contohnya bila kita ingin bersedekah/berwakaf/berinfaq ke jln Allah/berzakat, jangan tunggu masa yang sesuai. Bila mampu terus buat.

Katakanlah kita bercadang nak bersedekah hujung bulan padahal kita dah mampu untuk bersedekah sebelum hujung bulan, tiba-tiba ajal kita. Ruginya kita kerana hanya mendapat pahala niat sahaja.

"Dan tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan) sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."(Al-Baqarah : 148)

Renung-renungkan dan jom beramal!

WAKAF

Jom berwakaf!

Cara paling mudah :
  1. beli sepasang telekung (sekurang-kurangnya); pastikan tidak jarang & kalau boleh yang terbaik di mata kita
  2. wakafkan (letak) di surau stesen minyak yang ramai pemandu berhenti
Bayangkan kalau dalam 1 waktu 5 orang pakai, 5 waktu 25 orang pakai. Itu baru sehari...

Fuh!! berlipatganda pahala yang kita dapat tanpa kita sedar. Mudahkan... (^_^)

Kelebihan Berwakaf:

Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t

Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.

Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah s.w.t kepada pewakaf selagi mana harta atau 'ain' yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Ta'ala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah (diberi), diwarisi dan dipusakai.

Allah s.w.t telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadaNya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Ta'ala sebagaimana firman Allah :-


﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾

سورة البقرة : ۲٦١

Mafhumnya :-

“ Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.

(Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏

﴿ رواه مسلم ﴾

Maksudnya :-

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.

(Hadis Riwayat Muslim)

Hikmah Berwakaf:

Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al-imran ayat 115 yang bermaksud:

"Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa".

Antara hikmah yang terdapat di dalam ibadah wakaf ialah:

  • menzahirkan pengabdian diri kepada allah s.w.t
  • sebagai langkah mendekatkan diri kepada allah s.w.t
  • mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
  • berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam
  • Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di Negara ini khususnya.