Apakah perbezaan antara korban dan akikah?
- Tempoh atau waktu untuk melaksanakan ibadat korban agak singkat iaitu pada hari raya haji dan diikuti dengan tiga hari tasyriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah, sebaliknya tempoh melaksanakan ibadat akikah adalah panjang.
- Menurut Imam al-Shafie tempoh terbaik untuk akikah ialah hari ketujuh setelah kelahiran, sekiranya tidak dapat dilakukan dalam tempoh tersebut, boleh dilaksanakan dengan tidak melebihi tempoh nifas iaitu 60 puluh hari. Sekiranya tempoh nifas juga tidak dapat dilaksanakan oleh beberapa sebab terutamanya kefakiran, maka boleh dilaksanakan tidak melebihi tempoh susuan iaitu dua tahun. Dalam tempoh itu juga tidak dapat dilaksanakan, maka hendaklah dilaksanakan sebelum berumur tujuh tahun. Sekiranya setelah tujuh tahun juga tidak dapat ditunaikan maka boleh dilanjutkan sehingga mencapai umur baligh.
- Perbezaan antara ibadat korban dan akikah menurut kitab Mughni al-Muhtaj ialah ibadat korban disunatkan diberikan kepada fakir miskin daging yang mentah. Sebaliknya bagi daging akikah, sunat diberikan kepada fakir miskin setelah dimasak kerana Rasulullah s.a.w meminta Saidatina Fatimah untuk berbuat demikian. Selain itu juga diharamkan daging korban diberikan kepada orang kaya dan terdapat padanya unsur jual beli, namun jika diberikan kepada orang kaya dengan berniatkan sebagai hibah atau hadiah maka ia tidak menjadi satu kesalahan kerana orang kaya juga layak untuk menerima hadiah dan hibah. Sebaliknya tidak menjadi satu kesalahan sekiranya ada unsur pemilikan atau jual beli pada daging akikah.
Kongsi Kont

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz3FQ8kug4l
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Students Cikgu Syarah










JANGAN KEDEKUT DOA

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata,
“Dan bagimu juga kebaikan yang sama.” 

( Riwayat Muslim )

ULASAN HADIS:

1. Sebagai manusia terkadang kita merasa tamak atau bakhil. Kita tidak mahu memberikan sesuatu kepada orang lain, seakan-akan sesuatu yang kita miliki itu adalah benar-benar milik kita. Sedangkan segala sesuatu hanya kepunyaan ALLAH.

2. Sehingga kita juga enggan mendoakan (yang baik-baik) untuk orang lain? Seolah-olah sesuatu kebaikan hanya berhak didoakan buat kita sahaja tidak untuk orang lain.

3. Padahal dengan mendoakan orang lain kita juga akan didoakan oleh malaikat sepertimana doa kita kepada diri kita sendiri.

4. Tidak akan rugi jika kita mendoakan orang lain lebih-lebih lagi tanpa pengetahuan dirinya, karena ALLAH pasti menggantinya dengan yang setimpal bahkan lebih dari itu. Yakinlah.

5. Mendoakan sesama muslim tanpa sepengatahuan orangnya termasuk dari sunnah hasanah (sunnah yang baik) yang telah diamalkan turun-temurun oleh para Nabi dan juga orang-orang saleh yang mengikuti mereka. Abu Darda’ berkata; Aku sentiasa mendoakan untuk 70 orang dari sahabatku ketika aku dalam keadaan sujud terhadap ALLAH, aku sebutkan nama mereka satu-satu.

6. Mereka gembira kalau kaum muslimin mendapatkan kebaikan, sehingga mereka turut mendoakan saudaranya di dalam doa mereka tatkala mereka mendoakan diri mereka sendiri. Dan ini di antara sebab terbesar tersebarnya kasih sayang dan kecintaan di antara kaum muslimin, serta menunjukkan kesempuraan iman mereka. Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak beriman salah seorang di antara kalian sampai dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Sewajarnyalah seorang sahabat mendoakan sahabatnya dengan doa yang baik-baik, bagi diri sahabat itu dan ahli keluarganya serta sekalian orang yang dalam tanggunggannya, sebagaimana dia mendoakan bagi dirinya sendiri; sama ada sahabat itu masih hidup dalam dunia ini, mahupun sudah mati.


Malaikat ini makhluk mulia. Mereka tidak mempunyai nafsu seperti manusia. Jadi doanya jika dikira diatas dasar suci dari dosa dan dekatnya dengan Allah, akan lebih mudah diperkenankan Allah.

Jadi sebagai sokongan kepada doa kita supaya lebih dipandang Allah, adalah baiknya juga jika malaikat doakan kita. Sebenarnya malaikat juga turut mendoakan orang-orang yang soleh.

Macamana kita harus buat/amalkan untuk membuatkan supaya malaikat doakan Kita. Ada beberapa keadaan malaikat turut sama mendoakan kita. Diantara yang disebut didalam hadith ini:

Ummu ad-Darda’ telah berkata dari Abu Darda’, Nabi saw bersabda:

“Doa seorang muslim kepada saudara seIslamnya semasa ketiadaanya adalah mustajab. Terdapat malaikat yang mendampinginya. Setiap kali dia mendoakan saudaranya dengan kebaikan maka malaikat tersebut akan berkata: amin, dan bagi kamu sepertinya.”

(HR Muslim)

Hadith ini menyarankan kita mendoakan kebaikan sahabat kita dengan ikhlas. Namun doa kita tadi biarlah diluar pengetahuannya. Kerana yang demikian itu menandakan tahap keikhlasan dan kasih sayang kepada sahabat yang tinggi. Dan dinyatakan juga bahawa doa demikian adalah amat mustajab yakni lebih tinggi tahap pemaqbulannya.

Sewaktu kita mendoakan kebaikan sahabat kita tadi, sebenarnya ada malaikat yang mendampingi kita dan meng”amin”kan doa kita tadi. Dan malaikat ini turut mendoakan supaya apa yang kita doakan kepada sahabat kita tadi turut kita perolehi.

Dikongsi dr blog http://sohoque.com/petua-supaya-malaikat-doakan-kita/
Dan juga dr blog http://hambaliabdullah.blogspot.com/2012/11/mendoakan-kebaikan-saudara.html?m=1