Showing posts with label SEDEKAH. Show all posts
Showing posts with label SEDEKAH. Show all posts

JOM BERWAKAF!

Cara paling mudah :

  • Beli sepasang telekung (sekurang-kurangnya); pastikan tidak jarang & kalau boleh yang terbaik di mata kita
  • Wakafkan (letak) di surau stesen minyak yang ramai pemandu berhenti
  • Bayangkan kalau dalam 1 waktu 5 orang pakai, 5 waktu 25 orang pakai. Itu baru sehari...

Fuh!! berlipatganda pahala yang kita dapat tanpa kita sedar. Mudahkan... (^_^)

Kelebihan Berwakaf:

  • Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t
  • Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.
  • Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah s.w.t kepada pewakaf selagi mana harta atau 'ain' yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.
  • Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Ta'ala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah (diberi), diwarisi dan dipusakai.
  • Allah s.w.t telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadaNya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Ta'ala sebagaimana firman Allah :-


﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾
سورة البقرة : ۲٦١

Mafhumnya :-
“ Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  قَالَ :  إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. 
﴿ رواه مسلم ﴾

Maksudnya :-
“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
(Hadis Riwayat Muslim)

Hikmah Berwakaf:

Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al-imran ayat 115 yang bermaksud:

"Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa".

Antara hikmah yang terdapat di dalam ibadah wakaf ialah:


  • menzahirkan pengabdian diri kepada allah s.w.t
  • sebagai langkah mendekatkan diri kepada allah s.w.t
  • mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
  • berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam
  • Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di Negara ini khususnya.

JOM BERWAKAF/BERSEDEKAH TANPA MENGELUARKAN DUIT!

Jom berwakaf/bersedekah tanpa mengeluarkan duit!

  • Cari buku-buku ilmiah di rumah yg dah lama terbiar (tanpa dibaca)
  • perelokkan (eg: balut/gam mana yg tertanggal)
  • wakafkan/berikan pd perpustakaan utk manfaat org ramai
  • rumah pon x berselerak/tmbh ruang kosong, kita dpt berwakaf @ bersedekah dan yg bestnye kita dpt manfaatkn buku-buku tu utk org ramai 
  • bayangkan klau 1 buku = 2 org baca sehari....ditambah pula buku tu dijdkan bahan utk penyebaran ilmu....fuhh
  • senangkan?...jom buat!
Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. 

﴿ رواه مسلم ﴾ 

Maksudnya :-

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
(Hadis Riwayat Muslim)

Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.

Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah s.w.t kepada pewakaf selagi mana harta atau 'ain' yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

Firman Allah :-

﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾
سورة البقرة : ۲٦
Mafhumnya :-

“ Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al-imran ayat 115 yang bermaksud:

"Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa".

BERSEGERALAH DALAM MELAKUKAN KEBAIKAN

Bersegeralah dalam melakukan kebaikan

Bila kita terfikir untuk melakukan kebaikan/amal/ibadat, segerakanlah kerana kita tidak tahu bila ajal kita.

Contohnya bila kita ingin bersedekah/berwakaf/berinfaq ke jln Allah/berzakat, jangan tunggu masa yang sesuai. Bila mampu terus buat.

Katakanlah kita bercadang nak bersedekah hujung bulan padahal kita dah mampu untuk bersedekah sebelum hujung bulan, tiba-tiba ajal kita. Ruginya kita kerana hanya mendapat pahala niat sahaja.

"Dan tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan) sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."(Al-Baqarah : 148)

Renung-renungkan dan jom beramal!

JOM BERSEDEKAH TANPA DUIT


Hadis Keduapuluh Lima

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW bertanya kepada Nabi SAW : " Ya Rasulullah ! Orang-orang yang mempunyai harta (orang-orang kaya) telah mendapat pahala (lebih banyak daripada kami). Mereka solat sebagaimana kami solat, dan mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu."
Bersabda Nabi SAW : "Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu suatu untuk kamu bersedekah (menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah)? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan pada kemaluan seseorang kamu itu pun sedekah (persetubuhan seseorang dengan isteri juga sedekah)."
Berkata (Bertanya) para sahabat : "Ya Rasulullah ! Adakah salah seorang kami yang menggunakan syahwatnya dan adalah baginya pahala pada perbuatan itu (seseorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga)?"
Bersabda Rasulullah SAW : "Apakah pendapat kamu sekiranya seseorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala."
[Diriwayatkan oleh Muslim].