Showing posts with label TUDUNG. Show all posts
Showing posts with label TUDUNG. Show all posts

Gaya bertudung 4


Ada kengkwn ckp Cik Syarah hanya pakai tudung mahal jer. Salah tu. Cik Syarah x kisah berjenama atau sebaliknya. Yg Cik Syarah pndg material tudung tu. Maaf berckp...tudung murah kalau terlalu nipis @ jarang dan pendek dan tdk lebar, mmg Cik Syarah tdk akan beli.
Cik Syarah pun ada jer koleksi tudung dr Jln Tar @ pasar malam.
Cik Syarah ada byk koleksi inner magic yg murah tu...

Kebykan koleksi tudung Cik Syarah lebar dan over size. Tak kisah halfmoon @ selendang pnjg...

Knp Cik Syarah pakai tudung dan letakkan tag di bhgian dpn? Dulu Cik Syarah sembunyikan sb takut dikatakan menunjuk.  Tp sb ramai yg sllu tanya kat mana beli tudung (sampai ada yg menyelak-nyelak) ...so Cik Syarah rasa lbh baik pamerkan jerk. Bukan atas niat menunjuk jauh sekali riak.
Dgn cara mempamerkan tag nama tudung, org yg nmpk Cik Syarah pakai tudung trsebut (yg malu bertanya kedai tudung) akn mencari tudung tersbt melalui tag nama tu. Secara tdk langsung Cik Syarah membantu penjual2 tudung mengembangkan perniagaan mrk (^_^)

Kali ni Cik Syarah menggunakan shawl dr Sugarscarf dan inner kali ni dr Radiusite

Gaya bertudung 3

Dikongsikan penulisan Ustazah Fatimah Syarha :

Fikrah Wasatiyyah.

Pakaian.

Prof. Abdul Halim Abu Syuqqah dalam buku Kebebasan Wanita, menghimpunkan banyak hadis sahih menggambarkan kepelbagaian fesyen dan warna pakaian pada zaman Nabi.

Kata beliau, tiada ketetapan khusus ttg cara berpakaian. Cuma ada 5 syarat saja.
1. Tutup aurat.
2. Sederhana-ikut uruf.
3. Diiktiraf-x seksi, x ketat.
4. X sama dengan lelaki secara total-seluar p boleh.
5. x sama dengan pakaian khusus agama lain -silang budaya x mengapa.

Dulu, masyarakat Melayu bertudung pakai kain batik.
Sekarang berjahit dan berpin macam budaya Parsi. Islam raikan perubahan zaman dalam perkara muamalat begini. Usah kita sempitkan.

Wanita sejak zaman Rasul berpakaian elegen, ikut kemampuan.

Anas bin Malik melihat Ummul Khaltum puteri Nabi SAW memakai selendang daripada sutera bersulam emas. (Hr Bukhari Muslim).

Tidak wajibpun pakai hitam arau suram seperti yang diberatkan di Timur. Tiada larangan wanita sejak zaman Nabi pakai warna apapun.

Kata Imam Ibnu Abd al Barr, ulama tiada perbezaan pendapat bahawa harus wanita pakai warna muasfar (merah), mufaddam (tersangat merah), warna ros, merah tanah. Semua ni mempunyai sandaran hadis sahih.

Fitnah lelaki?
Merekalah yang wajib tundukkan pandangan bila terfitnah. Merekala yang wajib jaga hati. Bukan menghalang wanita melakukan apa yang Allah dan Nabi bebaskan.

Hebat fikrah wasatiyyah dalam buku Kebebasan Wanita pada Zaman Risalah.

La syarqiyyah.
La gharbiyyah.
Islamiyyah!

Manusiawi bukan robotik.
Faham fitrah bukan asyik tegah.

Jom, nikmati buku ni.

#Perkongsian di atas diambil dr penulisan Ustazah Fatimah Syarha


Kali ni Cik Syarah pakai long shawl dari Sugarscarf . Still labuh melepasi dada & labuh di bhgn blkg. Kali ni stail silang pangkah di bhgn ats kepala (^_^)

Ni inner magic, Cik Syarah beli kat kwn je...Fiza

Gaya bertudung 2

Gaya pergi office hari ni (^_^)

Shawl halfmoon Radiusite .  Hanya gaya 'Silang Pangkah' je sebab shawl ni sederhana lebar. Dikuatiri jadi pendek kalau terlalu melilit.

Stail bertudung Cik Syarah;
1) Mesti melepasi & menutupi dada
2) Tutup bahagian belakang
3) Berfesyen yang nampak kemas
4) Tidak bersanggul tinggi

Shawl ni agak jarang sedikit (hanya pemakai yg perasan sebab jarang sikit je). Jadi Cik Syarah guna inner cover neck dari Dahlya . Inner ni tidak melekap pada dahi, tiada pelapik keras & tidak nipis.   

Cik Syarah tak suka ikat sanggul tinggi. Tak kira masa rambut panjang @ pendek, Cik Syarah akan ikat @ buat sanggul di bawah ( atas leher). Lagipun kita ditegah mengikat sanggul tinggi. 

Shawl boleh dibeli di http://www.radiusite.com.my

Inner cover neck (ada pelbagai jenis inner lagi) boleh dibeli di http://www.dahlyafashion.com


#berfesyenlah yg  menjaga aurat.
Allah & Rasulullah sukakan kecantikkan & keindahan;  fitrah wanita sukakan pada kecantikan.
Biar orang lihat Islam itu agama universal.

Gaya bertudung 1


Untuk pertama kali Cik Syarah terasa nak berkongsi cara pemakaian tudung. Sebelum ni tak berani sebab sedar diri tak cantik...takut orang menyampah tengok :(
Tapi semenjak akhir-akhir ini ramai kawan-kawan minta tolong betulkan tudung & ada pula yang minta Cik Syarah tunjuk cara pakai tudung...jadi Cik Syarah mula berfikir...

Apa yang Cik Syarah nak ketengahkan bukan sahaja cara pemakaian tudung, tapi nak kita semua sedar, kita masih dapat menutup aurat walaupun berfesyen malah masih boleh kelihatan cantik.

Cik Syarah juga cuba nak dakwah dengan pemakaian tudung....biar orang yang tidak bertudung rasa ada keinginan untuk bertudung kerana kita masih boleh bergaya dan berfesyen walaupun bertudung.(^_^)


Shawl Alaika Radiusite + inner Dahlia

Shawl (selendang) ni lebar dan lebih panjang sedikit berbanding shawl biasa. Boleh beli di butik @ di http://www.radiusite.com.my 

Inner ni memang best. Tidak melekap pada dahi. Tiada pelapik keras. Ada banyak lagi corak di http://www.dahlyafashion.com