BESTNYE BACA SURAH YAASIIN



Seperti telah menjadi adat, membaca Surah Yaasiin HANYA pada malam Jumaat. Malah ada yang hanya membaca ayat-ayat suci Allah pada malam Jumaat sahaja. Tapi, tak apalah, membaca sekali lbh baik daripada langsung tak baca... Tapi membca berulang kali lbh baik drpd hanya sekali...


Tahukah kita sebnrnya terdapat banyak Fadhilat Membaca Surah Yaasiin....ini antarnya :


Ø Daripada Anas, Rasulullah saw bersabda: “Setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin” dan sesiapa yang membaca Yaasiin, maka Allah swt tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali. (HR. Al-Tarmizi)


Ø Daripada Abi Hurairah r.a, bersabda Rasulullah saw:”Sesiapa yang membaca Yaasiin pada waktu malam, maka akan diampunkan keesoknannya. Dan sesiapa yang membaca “Haamim Al Dukhan” nescaya akan diampunkan baginya keesokannya.” (HR. Ibnu Katsir)


Ø Daripada Abdullah berkata: Rasulullah saw telah bersabda: “Sesiapa yang membaca Yaasiin waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah swt, maka akan diberi keampunan baginya.” (HR. Ibnu Katsir)


Ø Daripada Ma’qil Ibni Yasar berkata:”Al Baqarah adalah rangka. Al Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. Dan surah Yaasiin adalah jantung hati Al-Quran.


Ø Daripada Ma’qil Ibni Yasar berkata: Rasulullah saw bersabda: “Bacalah Yaasiin atas mereka yang meninggal dunia.” (HR. Ibnu Katsir-Abu Daud dan Al Nasa’i)


Ø Sesetengah ulama berkata tentang Yaasiin bahawa antara keistemewaan surah Yaasiin ialah apabila dibaca tidak ada kesulitan melainkan dimudahkan oleh Allah. Dan adalah bacaanya (Yassin) ketika nazak, maka rahmat dan berkat turun dan dipermudahkan baginya roh keluar dengan nazaknya. (HR. Ibnu Katsir)


Ø Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi saw bersabda: “Adalah saya suka kalau surah Yaasiin dalam hati setiap insan daripada umatku.” (Riwayat Bazzar, Ibnu Katsir)


Ø Dari pada Safuan berkata: Adalah alim ulama berkata: “Apabila dibaca Yaasiin ke atas mayat, amak diringankan Allah baginya (Sakaratulmaut). (HR. Ahmad dan Ibnu Katsir)

HALALKAH CINTA ITU????



‘Imam Hassan Al-Banna menyampaikan ceramah mengenai al-Quran pada
setiap hari Rabu di kawasan ‘Al Hilmiyah’. Pernah seorang pemuda mengemukakan satu soalan yang menarik,
"Adakah bercinta itu halal atau haram?"
Hassan Al-Banna tersenyum lama dan kemudian menjawab:
"Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram."


WAHAI SUAMIKU....IMAMKAN SOLATKU

Diceritakan......Seorg isteri yang solehah + taat pd Allah tidak pernah berhenti berdoa semoga Allah membuka pintu hati Suaminya utk SOLAT. Setiap kali hendak mendirikan solat, Si Isteri akan membentang sejadahnya bersama sehelai lagi sejadah di depannya.... 

Suatu hari, Si Suami ternmpk kelibat Si Isteri sedang membentang sejadah lalu bertanya; "Yang, kenapa bentang 2 sejadah?" Si Isteri menjawab dengan lembut sambil tersenyum "Sejadah di depan untuk abang dan yang di belakang untuk saya. Saya yakin suatu hari nanti ALLAH akan buka hati abang untuk mendirikan solat dan menjadi imam solat saya" Menitis air mata Si Suami .... insaf. 

Dengan izin ALLAH, sejak hari itu, Si Suami tidak pernah meninggalkan solat malah sentiasa menjadi imam utk solat isterinya.......

PUASA SUNAT SYAWAL


“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”

Ulama berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qadha) Ramadhan.

Pendapat Pertama :
Tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Hal ini berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.
Imam As-Syafi’i (dalam Kitab Al-Umm)berpendapat “setiap amalan dengan niatnya” bahawa : Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadhan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qadha dan puasa sunat.
Pendapat Kedua :
Dibolehkan niat bersama malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qadha dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qadha pada bulan Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat perlu berniat puasa qadha terlebih dahulu. Hal ini kerana puasa qadha adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
Bagaimanapun dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa yang tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal supaya mendapat ganjaran yang lebih.
Kesimpulannya :

Boleh puasa ganti disekalikan dengan puasa sunat Syawal tetapi lebih afdhal (baik) dilakukan puasa qadha terlebih dahulu kemudian dibuat pula puasa sunat enam Syawal (jika mampu/jika sempat).
"Segala Ilmu Itu Hanya Dalam Pengetahuan Allah"

JOM BERSEDEKAH TANPA DUIT


Hadis Keduapuluh Lima

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW bertanya kepada Nabi SAW : " Ya Rasulullah ! Orang-orang yang mempunyai harta (orang-orang kaya) telah mendapat pahala (lebih banyak daripada kami). Mereka solat sebagaimana kami solat, dan mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu."
Bersabda Nabi SAW : "Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu suatu untuk kamu bersedekah (menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah)? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan pada kemaluan seseorang kamu itu pun sedekah (persetubuhan seseorang dengan isteri juga sedekah)."
Berkata (Bertanya) para sahabat : "Ya Rasulullah ! Adakah salah seorang kami yang menggunakan syahwatnya dan adalah baginya pahala pada perbuatan itu (seseorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga)?"
Bersabda Rasulullah SAW : "Apakah pendapat kamu sekiranya seseorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala."
[Diriwayatkan oleh Muslim].

KAFFARAH BERBUKA PUASA PADA SIANG RAMADHAN


Kaffarah - Orang yang diwajibkan kaffarah ini ialah orang yang merosakkan puasanya pada siang hari bulan Rmadhan kerana jimak
Suami yang wajib membayar kaffarah, wlaupun isteri juga berpuasa ketika berjimak kerana dalam hal ini kuasa untuk berjimak di tangan suami.

SYARAT
Orang yang berjimak
  • sedang melaksanakan puasa secara sah
  • mengetahui tentang keharaman berjimak di siang hari Ramadhan
  • bukan yang diberi pengecualian untuk berbuka spt bermusafir
Tidak perlu kaffarah jika
  • terlupa ia sedang berpuasa
  • tidak memahami hukum
  • sedang berpuasa sunat
  • berbuka sahaja tanpa berjimak
  • bermusafir dan berjimak dalam perjalanan tersebut
hanya mengqada puasa sahaja

KAFFARAH
  • memerdekakan seorang hamba yang beriman lelaki @ perempuan, jika tidak mampu
  • berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak mampu
  • memberi makan 60 orang miskin;secupak beras @ makanan asasi.
*Kewajipan ini mesti dilaksanakan, jika belum mampu ketika itu, maka perlu membayarnya apabila ia mampu.

Hadis dari Abu Hurairah r.a katanya :

"Ketika kami duduk bersama Rasulullah s.a.w tiba-tiba datang seorang lelaki, dan berkata: "Wahai Rasulullah celaka saya". Rasulullah s.aw berkata: "Kenapa engkau ni?" Ia berkata: "Aku telah jimak dengan isteriku sedangkan aku berpuasa dalam bulan Ramadhan". Rasulullah s.aw bertanya: "Apakah kamu mempunyai hamba untuk dimerdekakan?". Jawapnya: "Tidak". Rasulullah bertanya lagi: "Apakah kamu sanggup melaksanakan puasa dua bulan berturut-turut?" Jawabnya: "Tidak". Rasulullah bertanya lagi: "Apakah kamu mempunyai makanan untuk diberikan kepada 60 prang miskin?" Jawabnya: "Tidak" Lalu Rasulullah meninggalkan kami sebentar. Ketika kami masih berada di sana, Rasulullah datang membawa satu raga kurma, lalu beliau bertanya: "Mana orang yang bertanya tadi?" Lelaki tersebut menjawab: "Saya ya Rasulullah" Rasulullah bersabda: "Ambillah ini dan bersedekahlah", Lelaki tersebut bertanya: "Apakah ada orang yang lebih fakir lagi daripada aku ya Rasulullah?", Lalu Rasulullah tergelak sehingga nampak gigi taringnya dan bersabda: "Berikanlah makanan tersebut kepada keluargamu"
(al-Bukhari & Muslim)

Mengikut para ulama mazhab Syafie, sekalipun tiada seseorang Muslim yang miskin, ia mesti membayar kaffarah, walaupun dia miskin & untuk membayar kaffarah tersebut mungkin ada yang membantu, tetapi makanan itu tidak boleh dibeikan kepada keluarganya, cerita di dalam hadis di atas adalah khusus kepada lelaki tersebut.

PUASA SELEPAS SETENGAH SYAABAN



Pendapat Ulama
Terdapat tiga pendapat dalam hal ini:


a) Pendapat Pertama
Harus berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini adalah pendapat jumhur ulama di kalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki, dan mazhab Hanbali.


b) Pendapat Kedua
Makruh berpuasa selepas setengah Syaaban bagi mereka yang tiada kelaziman puasa sebagai adat. Adapun bagi yang ada kelaziman puasa, hukumnya tidak makruh. Ini adalah pandangan mazhab Syafie.


c) Pendapat Ketiga
Haram berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini pendapat Ibnu Hazm Al-Zahiri.


Dalil

Ø Dalil Pendapat Pertama
Jumhur ulama berhujah dengan hadis di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila berlalu separuh bulan Syaaban, maka tidak ada puasa sampai datang bulan Ramadhan.”

Tetapi kalau seseorang itu sudah biasa berpuasa pada hari-hari tertentu, maka tidaklah diharamkan, kerana ada hadis lain yang memberi penjelasan, daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w, maksudnya :

“Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu”

Penjelasan dalil
Hadis tersebut melarang mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari. Ini bererti boleh mendahuluinya jika lebih daripada itu. Iaitu selepas setengah Syaaban.


Ø Dalil Pendapat Kedua
Mazhab Syafie pula berhujah dengan hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Apabila tiba setengah Syaaban, maka janganlah berpuasa”


Ø Dalil Pendapat Ketiga
Ibnu Hazm berhujah dengan hadis yang sama, iaitu larangan daripada puasa selepas setengah Syaaban.


Kesimpulan

  • Mereka yang cenderung mengatakan hadis larangan puasa selepas 15 Syaaban adalah sahih, maka hukumnya makruh berpuasa kecuali ada kelaziman puasa.
  • Mereka yang cenderung kepada mendhaifkan hadis tersebut - dan ia lebih tepat - hukum berpuasa adalah harus, tidak ada sebarang larangan samada haram atau makruh.

* INI KHUSUS UNTUK BERPUASA SUNAT. BAGI PUASA WAJIB (QADA' @ NAZAR) BOLEH DILAKUKAN KECUALI PADA HARI SYAK IAITU 30 SYAABAN - KRN DIKUATIRI JATUH RAMADHAN KETIKA ITU.

Wallahu A’lam. Segala Ilmu itu milik Allah dan Dia mengetahui segala rahsia.

ISRA' DAN MI'RAJ


Nabi Muhammad menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Nabi menghadapi penentangan pihak Musyrikin Quraysh, bahkan turut menerima penghinaan ketika cuba untuk menyebarkan Islam di Ta'if. Lebih dari itu, cubaan berat yang mendukacitakan baginda ialah kematian isteri tercintanya Sayyidatina Khadijah r.a. dan juga kematian bapa saudaranya Abu Talib. Rentetan peritiwa itu, Allah mengurniakan peristiwa Al-Isra' dan Mi'raj untuk menunjukkan kekuasaanNYA, di samping memperkuatkan keazaman baginda.

Biarpun semua ulama sepakat mengakui bahawa peristiwa Isra' dan Mi'raj yang berlaku ke atas junjungan besar Nabi Muhammad itu benar, namun terdapat perbezaan yang ketara tentang tarikh sebenar peristiwa tersebut. Walau bagaimanapun, pendapat yang dianggap palingmuktabar ialah seperti yang dilapurkan oleh Al-Bukhari iaitu pada 27hb Rejab, kira-kira setahun sebelum Hijrah (621 M). Demikian juga dengan tempat berlakunya peritiwa tersebut. Ada yang berpendapat ia berlaku semasa Nabi sedang berada di rumah Aisyah. Tetapi kebanyakkan ahli hadith bersetuju bahawa ia berlaku ketika Nabi Muhammad sedang berada di rumah isterinya Ummu Hani binti Abu Talib.

Maksud ayat 1 surah Al-Isra' :
Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNYA (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa, yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Intisari Maksud Hadith :
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari jelas terbukti bahawa Nabi Muhammad menceritakan peristiwa iaitu bagaimana pada suatu malam ketika baginda sedang tidur, tiba-tiba datang malaikat Jibril membawanya pergi ke sudur Al-Hajar dan bertindak membelah dadanya daripada pangkal leher hingga ke bawah perut. Malaikat Jibril kemudiannya mengeluarkan hati baginda dan mencucinya dengan air Zam-zam dan menangkupnya semula setelah diisi penuh dengan iman dan hikmah. Selepas itu Nabi dibawa oleh Jibril ke Baitul Maqdis dengan menaikki 'Buraq' sejenis binatang berwarna putih dan saiznya antara baghal (haiwan kacukan antara kuda dan keldai) dan himar (keldai), mempunyai sayap di belakang kaki belakang dan boleh terbang selaju mata memandang. Di Baitul Maqdis Nabi sempat bersolat sunat dengan arwah para Anboya'. Seterusnya Baginda berangkat naik ke langit bersama malaikat Jibril. Di langit pertama, Nabi bertemu Nabi Adam a.s, sementara di langit kedua Nabi bertemu pula dengan Nabi Yahya dan Nabi Isa a.s. Nabi meneruskan perjalanan hingga ke langit ketiga di mana Baginda bertemu dengan Nabi Yusuf a.s, dan seterusnya bertemu pula dengan Nabi Idris di langit keempat. Perjalanan Baginda diteruskan di mana baginda sempat bertemu dengan Nabi Harun a.s di langit kelima. Berikutnya pertemuan dengan Nabi Musa a.s berlaku di langit keenam. Nabi meneruskan perjalanannya hingga ke langit ketujuh. Di sana Baginda bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s. Selepas itu Nabi diangkat ke Sidratu Al-Muntaha dan seterusnya ke Baitil-Ma'mur di mana Baginda telah difardhukan perintah solat oleh Allah. Di sepanjang perjalanan itu, Nabi diperlihatkan oleh Allah pelbagai perkara yang menakjubkan, tetapi mempunyai kiasan yang paling berguna untuk pemerhatian umat Islam.

Antara Peritiwa Isra' :
  • Pembersihan hati daripada unsur yang kotor iaitu darah hitam menggantikannya dengan unsur yang murni iaitu iman dan hikmah.
  • Tersedia binatang Buraq sebagai alat kenderaan yang oleh terbang laju.
  • Berehat sebentar di perjalanan (Tayyibah, Madyan, Tursina & Baitu-Laham) serta solat sunat dua rakaat.
  • Tiba di Baitul-Maqdis, bermesra dan solat sunat berjamaah bersama (arwah) para Anbiya' di sana.
Antara Peristiwa Mi'raj :
  • Memberi salam kepada penunggu langit
  • Kepastian yang dipinta oleh penunggu langit tentang status Nabi Muhammad
  • Saling mengucap salam dan tahiyyah antara Nabi (pendatang) dan pemastautin di langit.
  • Nabi memilih minuman sesuai iaitu susu dan madu ketika dihidangkan minuman dan menolak arak.
  • Menerima perintah solat
  • Mendengar nasihat Nabi Musaa.s untuk memohon keringanan fardhu solat daripada Allah

Ulama' Fiqh berpendapat bahawa inkar terhadap peristiwa Mi'raj hukunya fasiq, sementara inkar peristiwa Isra' hukumnya kafir.

DOA UNTUK IBU BAPA - SAYANGLAH MEREKA MELEBIHI KASIH MEREKA KEPADA KITA (UTKMU AYAH)


Dari Abdullah Umar RA berkata:

Rasulullah SAW bersabda “Keredaan Allah adalah di bawah keredaan kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah di bawah kemurkaan kedua-dua ibu bapa.” (HR Tirmizi dan di tashih oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata….. .

” Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu…”

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa baik yang hidup mahupun yang sudah tiada. Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah. Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, berdoa dengan bersungguh-sungguh dan dengan benar-benar doa. Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka; Perindahlah ucapanku di depan mereka; Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Tetapi jika sebalikn ya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah, Istighfarlah
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

MENANTI CINTA - TELAH KUTEMUI

sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satu pun burung
mampu menjawab

hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku

wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu

JIKA TELAH DITENTUKAN MILIKMU


Hari ini Cik Syarah nak share sstu. (^_^)

Mlm tadi kira-kira hampir 11.00 mlm, Cik Syarah tersedar yg purse x de dlm beg UKM. Puas mencari.....Cik Syarah duduk sejenak & berpk. Akhirnya Cik Syarah igt....

Tgh hari tadi di UKM, Cik Syarah pergi lunch dgn kwn sekuliah, Zura. Tym makan, Cik Syarah hanya bawak purse shj. Itupun diletakkan dlm poket seluar (blkg). Dan seingat Cik Syarah kali terakhir bersama purse tu sblm masuk dewan kuliah. Agaknye sonok sgt kelas hampir 4 jam buat Cik Syarah luper nak simpan purse dlm beg. Terus jer purse tu dlm poket blkg seluar.

Bila Cik Syarah dah igt semua tu, Cik Syarah risau sb byk kad2 penting termasuk kad bank kakak. Cik Syarah cuba berkongsi dgn sahabat baik Cik Syarah. Kata-katanya "Setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya" buat Cik Syarah sedar segala kepunyaan kita milikNYA. Perlahan-lahan Cik Syarah cuba menerima ujian kali ini. Namun dalam masa yang sama, Cik Syarah tak berhenti berdoa. Cik Syarah terus buat Solat Hajat 2 rakaat diikuti bacaan Surah Al-Waqiah. Dikatakan Surah Al-Waqiah Surah Rezeki.

Semasa Cik Syarah terjaga jam 5.00 pagi, sekali lagi Cik Syarah buat Solat Hajat diikuti bacaan Surah Al-Waqiah.

Selepas itu Cik Syarah basahkan lidah & hati dengan bacaan Ayat 1000 Dinar yang dikatakan pembuka rezeki.


Tiba di ofis, Cik Syarah membaca 'Doa Supaya Barang Hilang Dapat Semula' berkali-kali.

Setelah berdoa, Cik Syarah berusaha. Cik Syarah g UKM, pintu dewan kuliah berkunci. Cik Syarah dinasihatkan untuk buat aduan di Pondok Pengawal Keselamatan UKM. Kemudian Cik Syarah buat laporan polis. Ada seorang kakak menyarankan Cik Syarah cek semula dewan kuliah tu. Sebelum membuat IC baru, Cik Syarah pergi semula ke UKM. Org yg pegang kunci dh pergi break. Cik Syarah disuruh dtg semula pada pukul 2.30pm. Cik Syarah pergi rumah Kak Ngah di Bangi gak utk solat Zohor. Lps solat, Cik Syarah kembali ke UKM. Setelah mengadu apa yg terjadi, seorg Pakcik membuka kunci dewan kuliah, katanya mujur semua students tgh semester break, jd km yg terakhir guna dewan tu.

Cik Syarah terus menuju ke tmpt duduk semalam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi krn memurahkan rzk Cik Syarah. Purse tu ada bwh kerusi tmpt duduk Cik Syarah, masih dlm keadaan baik & semua isi di dlmnye masih ada....(^_^)

Berkat redha dgn ujianNYA, Solat Hajat, bacaan Surah Al-Waqiah, Ayat 1000 Dinar & Doa Kembalikan Barang Yg Hilang & berkat doa dari sahabat....Allah temukan semula purse Cik Syarah. Sebenarnya bukan krn ayat2 itu tp krn doa & keyakinan pada Allah. Cik Syarah percaya jika Allah dah tentukan itu milik kita, ia akan menjadi milik kita. Doa hanya sebagai senjata.
Sentiasalah berserah padaNya utk apa sahaja ujian yg berlaku. Allah tdk prnh mensia-siakan permintaan hambanya.

Syukur padaMu Ya Allah & terima kasih pd 'shbt' itu....(^_^)

BERTUNANG (^_^)



“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Pertunangan bermaksud perjanjian yang dibuat oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan. Ia adalah satu sunnah yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda Aisyah Binti Abu Bakar dan Hafsah Binti Umar. Dengan berlangsungnya ikatan pertunangan tersebut, maka tergalaslah sebuah komitmen yang tidak rasmi pada diri seorang lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk mengenal hati budi masing-masing.

Islam membenarkan pertunangan sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada dari segi fizikal dan mentaliti. Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita jika ramai pasangan yang bercinta pada hari ini melangsungkan pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang perkahwinan. Tapi silapnya pada masa kini, fitrah pertunangan ini sudah menjadi fitnah.

Menurut konsep pertunangan dalam Islam yang sebenarnya, sesebuah pasangan perlu bertunang terlebih dahulu sebelum berkenalan dengan lebih rapat dengan pilihan hati mereka. Ia tidak lain adalah untuk menjaga kesucian sebuah perhubungan agar diredhai oleh Allah. Namun, yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Selepas berkenalan dengan pasangan masing-masing dan berpuas hati dengan sikap, perangai dan tingkah laku barulah mereka mengikat tali pertunangan. Ia sekadar menjadi petanda seseorang itu sudah mempunyai pemilik.

Bertunang tiada bezanya dengan bercinta. Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan, maka mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan, berpegang-pegangan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan dibenarkan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan dan pada waktu inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi kita perlu ingat, jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.
Bertunang juga adalah tempoh pasangan saling mempelajari dan menambahkan lagi ilmu rumah tangga. Semasa bertunang kurangkanlah masa bersama kerana dikatakan tempoh ini syaitan sangat suka mendekati. Dan sentiasalah berdoa semoga jodoh ini berkekalan hingga ke syurga.
Jika kita menjaga hubungan kerana Allah maka Dia juga akan memelihara hubungan kita.

DOA UNTUK IBU BAPA - SAYANGLAH MEREKA MELEBIHI KASIH MEREKA KEPADA KITA (UTKMU EMAK)


Dari Abdullah Umar RA berkata:

Rasulullah SAW bersabda “Keredaan Allah adalah di bawah keredaan kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah di bawah kemurkaan kedua-dua ibu bapa.” (HR Tirmizi dan di tashih oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata….. .

” Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu…”

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa baik yang hidup mahupun yang sudah tiada. Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah. Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, berdoa dengan bersungguh-sungguh dan dengan benar-benar doa. Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka; Perindahlah ucapanku di depan mereka; Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Tetapi jika sebalikn ya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah, Istighfarlah
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

DESIGN KEK TERHEBAT

Cik Syarah ada 2 org kakak yg pandai buat kek. Pioneernye Kak Ngah. Dari save bajet kpd hobi kpd minat n akhirnya ada permintaan. Kak Ngah mula menjual secara kecil-kecilan melalui blog Kak Ngah n seterusnya membuat kelas kek/cupcake/coklat dll...semuanya dibuat hanya di rumahnya. N skung Kak Ngah dah pasarkan mcm2 produk (utk maklumat lanjut sila ke blog cupcake-caR )

Atas tunjuk ajar & bantuan Kak Ngah, Kak Yong pula berminat dlm bisnez ni...Dgn cara yg sama Kak Yong juga memasarkan produk keknye di blog Kak Yong. Kak Yong tinggal d Kedah & skung tgh giat memasarkan produk terbarunya Kek Lapis. (utk maklumat lanjut sila ke blog nisyah cupcake)

Kedua-duanya kini giat memperkenalkan pelbagai produk spt kek / cupcake / coklat / whoopiepie / cheesetart / macaron / kek lapis & mcm-mcm lagi (^_^)

Mrk turut menyediakan kelas (utk setiap produk) samada d rumah mrk @ d rumah anda. Pembelian secara delivery juga disediakan. Mrk juga turut menerima tempahan mengikut rekaan pelanggan. Kalau tak silap Cik Syarah, mrk telah hampir 5 thn berkecimpung dlm bisnez ini. Majoriti pelanggan berpuas-hati.

Mereka juga pernah menerima tempahan dari artis, majlis perkhawinan (pernah membuat 2000 cupcake), mendapat tender dr Majlis Perbandaran PJ utk mengajar 30 org dlm sehari, birthday party dll.

Utk berurusan dgn Kak Yong : http://nisyah-cupcakecookies.blogspot.com
Utk berurusan dgn Kak Ngah : http://cupcake-caR.blogspot.com







sdg menyiapkan 2000 tempahan cupcake sempena Majlis Perkhawinan
(Cik Syarah hanya assistant)