Doa Sakit Mata
JIKA KAMU MENCINTAI SESEORANG
BATALKAH WUDUK SUAMI ISTERI?????
- Mazhab Hanafi mentafsirkan perkataan lamastum adalah bermaksud jimak bukan bermaksud bersentuhan. Maka mereka mengatakan bahawa bersentuhan suami isteri tidak terbatal wuduk.
- Mazhab Maliki menyatakan bersentuhan kulit antara suami isteri dengan keadaan bersyahwat atau talazuz (bersedap-sedap) maka batal wuduknya, tetapi jika bersentuhan tanpa syahwat tidak batal wuduknya.
- Syiah berpendapat tidak terbatal wuduk antara suami dan isteri kerana mereka ini telah menjadi muhrim disebabkan perkhawinan di antara mereka
BESTNYE BACA SURAH YAASIIN

Seperti telah menjadi adat, membaca Surah Yaasiin HANYA pada malam Jumaat. Malah ada yang hanya membaca ayat-ayat suci Allah pada malam Jumaat sahaja. Tapi, tak apalah, membaca sekali lbh baik daripada langsung tak baca... Tapi membca berulang kali lbh baik drpd hanya sekali...
Tahukah kita sebnrnya terdapat banyak Fadhilat Membaca Surah Yaasiin....ini antarnya :
Ø Daripada Anas, Rasulullah saw bersabda: “Setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin” dan sesiapa yang membaca Yaasiin, maka Allah swt tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali. (HR. Al-Tarmizi)
Ø Daripada Abi Hurairah r.a, bersabda Rasulullah saw:”Sesiapa yang membaca Yaasiin pada waktu malam, maka akan diampunkan keesoknannya. Dan sesiapa yang membaca “Haamim Al Dukhan” nescaya akan diampunkan baginya keesokannya.” (HR. Ibnu Katsir)
Ø Daripada Abdullah berkata: Rasulullah saw telah bersabda: “Sesiapa yang membaca Yaasiin waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah swt, maka akan diberi keampunan baginya.” (HR. Ibnu Katsir)
Ø Daripada Ma’qil Ibni Yasar berkata:”Al Baqarah adalah rangka. Al Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. Dan surah Yaasiin adalah jantung hati Al-Quran.
Ø Daripada Ma’qil Ibni Yasar berkata: Rasulullah saw bersabda: “Bacalah Yaasiin atas mereka yang meninggal dunia.” (HR. Ibnu Katsir-Abu Daud dan Al Nasa’i)
Ø Sesetengah ulama berkata tentang Yaasiin bahawa antara keistemewaan surah Yaasiin ialah apabila dibaca tidak ada kesulitan melainkan dimudahkan oleh Allah. Dan adalah bacaanya (Yassin) ketika nazak, maka rahmat dan berkat turun dan dipermudahkan baginya roh keluar dengan nazaknya. (HR. Ibnu Katsir)
Ø Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi saw bersabda: “Adalah saya suka kalau surah Yaasiin dalam hati setiap insan daripada umatku.” (Riwayat Bazzar, Ibnu Katsir)
Ø Dari pada Safuan berkata: Adalah alim ulama berkata: “Apabila dibaca Yaasiin ke atas mayat, amak diringankan Allah baginya (Sakaratulmaut). (HR. Ahmad dan Ibnu Katsir)
HALALKAH CINTA ITU????

WAHAI SUAMIKU....IMAMKAN SOLATKU
PUASA SUNAT SYAWAL

KAFFARAH BERBUKA PUASA PADA SIANG RAMADHAN
Kaffarah - Orang yang diwajibkan kaffarah ini ialah orang yang merosakkan puasanya pada siang hari bulan Rmadhan kerana jimak
- sedang melaksanakan puasa secara sah
- mengetahui tentang keharaman berjimak di siang hari Ramadhan
- bukan yang diberi pengecualian untuk berbuka spt bermusafir
- terlupa ia sedang berpuasa
- tidak memahami hukum
- sedang berpuasa sunat
- berbuka sahaja tanpa berjimak
- bermusafir dan berjimak dalam perjalanan tersebut
- memerdekakan seorang hamba yang beriman lelaki @ perempuan, jika tidak mampu
- berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak mampu
- memberi makan 60 orang miskin;secupak beras @ makanan asasi.
PUASA SELEPAS SETENGAH SYAABAN

Pendapat Ulama
Terdapat tiga pendapat dalam hal ini:
a) Pendapat Pertama
Harus berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini adalah pendapat jumhur ulama di kalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki, dan mazhab Hanbali.
b) Pendapat Kedua
Makruh berpuasa selepas setengah Syaaban bagi mereka yang tiada kelaziman puasa sebagai adat. Adapun bagi yang ada kelaziman puasa, hukumnya tidak makruh. Ini adalah pandangan mazhab Syafie.
c) Pendapat Ketiga
Haram berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini pendapat Ibnu Hazm Al-Zahiri.
Dalil
Ø Dalil Pendapat Pertama
Jumhur ulama berhujah dengan hadis di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila berlalu separuh bulan Syaaban, maka tidak ada puasa sampai datang bulan Ramadhan.”
Tetapi kalau seseorang itu sudah biasa berpuasa pada hari-hari tertentu, maka tidaklah diharamkan, kerana ada hadis lain yang memberi penjelasan, daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w, maksudnya :
“Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu”
Penjelasan dalil
Hadis tersebut melarang mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari. Ini bererti boleh mendahuluinya jika lebih daripada itu. Iaitu selepas setengah Syaaban.
Ø Dalil Pendapat Kedua
Mazhab Syafie pula berhujah dengan hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Apabila tiba setengah Syaaban, maka janganlah berpuasa”
Ø Dalil Pendapat Ketiga
Ibnu Hazm berhujah dengan hadis yang sama, iaitu larangan daripada puasa selepas setengah Syaaban.
Kesimpulan
- Mereka yang cenderung mengatakan hadis larangan puasa selepas 15 Syaaban adalah sahih, maka hukumnya makruh berpuasa kecuali ada kelaziman puasa.
- Mereka yang cenderung kepada mendhaifkan hadis tersebut - dan ia lebih tepat - hukum berpuasa adalah harus, tidak ada sebarang larangan samada haram atau makruh.
* INI KHUSUS UNTUK BERPUASA SUNAT. BAGI PUASA WAJIB (QADA' @ NAZAR) BOLEH DILAKUKAN KECUALI PADA HARI SYAK IAITU 30 SYAABAN - KRN DIKUATIRI JATUH RAMADHAN KETIKA ITU.
Wallahu A’lam. Segala Ilmu itu milik Allah dan Dia mengetahui segala rahsia.
ISRA' DAN MI'RAJ

- Pembersihan hati daripada unsur yang kotor iaitu darah hitam menggantikannya dengan unsur yang murni iaitu iman dan hikmah.
- Tersedia binatang Buraq sebagai alat kenderaan yang oleh terbang laju.
- Berehat sebentar di perjalanan (Tayyibah, Madyan, Tursina & Baitu-Laham) serta solat sunat dua rakaat.
- Tiba di Baitul-Maqdis, bermesra dan solat sunat berjamaah bersama (arwah) para Anbiya' di sana.
- Memberi salam kepada penunggu langit
- Kepastian yang dipinta oleh penunggu langit tentang status Nabi Muhammad
- Saling mengucap salam dan tahiyyah antara Nabi (pendatang) dan pemastautin di langit.
- Nabi memilih minuman sesuai iaitu susu dan madu ketika dihidangkan minuman dan menolak arak.
- Menerima perintah solat
- Mendengar nasihat Nabi Musaa.s untuk memohon keringanan fardhu solat daripada Allah








