Gaya bertudung 2

Gaya pergi office hari ni (^_^)

Shawl halfmoon Radiusite .  Hanya gaya 'Silang Pangkah' je sebab shawl ni sederhana lebar. Dikuatiri jadi pendek kalau terlalu melilit.

Stail bertudung Cik Syarah;
1) Mesti melepasi & menutupi dada
2) Tutup bahagian belakang
3) Berfesyen yang nampak kemas
4) Tidak bersanggul tinggi

Shawl ni agak jarang sedikit (hanya pemakai yg perasan sebab jarang sikit je). Jadi Cik Syarah guna inner cover neck dari Dahlya . Inner ni tidak melekap pada dahi, tiada pelapik keras & tidak nipis.   

Cik Syarah tak suka ikat sanggul tinggi. Tak kira masa rambut panjang @ pendek, Cik Syarah akan ikat @ buat sanggul di bawah ( atas leher). Lagipun kita ditegah mengikat sanggul tinggi. 

Shawl boleh dibeli di http://www.radiusite.com.my

Inner cover neck (ada pelbagai jenis inner lagi) boleh dibeli di http://www.dahlyafashion.com


#berfesyenlah yg  menjaga aurat.
Allah & Rasulullah sukakan kecantikkan & keindahan;  fitrah wanita sukakan pada kecantikan.
Biar orang lihat Islam itu agama universal.

Gaya bertudung 1


Untuk pertama kali Cik Syarah terasa nak berkongsi cara pemakaian tudung. Sebelum ni tak berani sebab sedar diri tak cantik...takut orang menyampah tengok :(
Tapi semenjak akhir-akhir ini ramai kawan-kawan minta tolong betulkan tudung & ada pula yang minta Cik Syarah tunjuk cara pakai tudung...jadi Cik Syarah mula berfikir...

Apa yang Cik Syarah nak ketengahkan bukan sahaja cara pemakaian tudung, tapi nak kita semua sedar, kita masih dapat menutup aurat walaupun berfesyen malah masih boleh kelihatan cantik.

Cik Syarah juga cuba nak dakwah dengan pemakaian tudung....biar orang yang tidak bertudung rasa ada keinginan untuk bertudung kerana kita masih boleh bergaya dan berfesyen walaupun bertudung.(^_^)


Shawl Alaika Radiusite + inner Dahlia

Shawl (selendang) ni lebar dan lebih panjang sedikit berbanding shawl biasa. Boleh beli di butik @ di http://www.radiusite.com.my 

Inner ni memang best. Tidak melekap pada dahi. Tiada pelapik keras. Ada banyak lagi corak di http://www.dahlyafashion.com





Cinta Halalku♥


Wahai bakal Imamku, 
Aku tidak perlukan kata-kata romantis kerana ia hanya akan melalaikan kita... 
Aku tidak perlu engkau mengambil berat tentangku 
kerana engkau belum halal untukku... 
Aku tidak perlukan janji setia 
 kerana tiada yang kekal selain Allah... 
Yang aku perlukan adalah doa darimu agar hubungan ini kekal hingga ke jannah... 
Ya Allah,
Tuhan pemilik cinta, 
satukan kami dalam keberkatanMu♥ 

Ya Allah, 
Jagakan hatinya, jangan Kau biarkannya kosong tanpa peringatan dariMu. 
Jagakan hidupnya, 
agar lenanya dalam ketenangan, 
dan bangun paginya dengan ketabahan. 
 Ya Allah, aku di sini hanya mampu doakan dirinya
Kerana jarak dan keterbatasan ini, 
aku yakin Engkau sebaik-baik penjaga untuknya. 
Wahai Tuhan,
Gerakkan hatinya akan kehadiran aku dari kejauhan.

Sekolah Menengah Addiniah♥


Seawal umur 13 thn dgn berat 20kg Cik Syarah dihntr ke sekolah ni atas kehendak sndri (emak x setuju sbnrnye)

5 thn kt sini smpai berat 48kg mcm2 Cik Syarah bljr..kenal bhs arab, hdp brdikari, bljr berpidato dsbnya......
Insyaallah satu hari nnt Cik Syarah akn balas jasa sekolah niyh....
#yg mnjdkn kita berjaya @ gagal adlh diri kita sndri, sekolah hye mmbantu


ISTIHADHAH {wajib bg perempuan & lelaki mengetahuinya}


Pada umumnya, darah yang keluar dari rahim wanita dianggap darah haid kerana lazimnya mengalir mengikut putaran bulanan. Namun selain itu terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan darah itu keluar tidak mengikut putarannya, maka ia dianggap darah istihadah.
Apakah itu darah istihadah? 
Istihadah ialah darah yang keluar bukan pada waktu haid dan juga bukan dalam tempoh nifas. Menurut Syeikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin, istihadah ialah darah yang keluar terus-menerus pada seorang wanita tanpa henti sama sekali atau berhenti sebentar dalam sebulan.
Daripada takrif yang dikemukakan di atas, terdapat dua keadaan istihadah iaitu:
Keadaan pertama: darah yang keluar tanpa henti-henti.
Keadaan kedua: darah tidak keluar berterusan, sebaliknya berhenti seketika dan keluar semula.
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa Fatimah binti Abu Hubaisy berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Ya Rasulullah, sungguh aku ini tak pernah suci, apakah aku perlu meninggalkan solat?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak, itu adalah darah penyakit. Namun tinggalkan solat sebanyak hari yang biasanya kamu haid sebelum itu, kemudian mandilah dan lakukan solat.” (Riwayat al-Bukhari)
Manakala riwayat daripada Hamnah binti Jahsy, ketika datang kepada Rasulullah s.a.w., dia berkata: “Ya Rasulullah, sungguh aku sedang mengalami istihadah yang deras sekali.” (Riwayat al-Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)
Bagaimana Mengenali Istihadah
Masih ramai wanita terutamanya remaja yang masih keliru dalam membezakan antara darah haid dengan istihadah. Jadi, bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua jenis darah ini? Berikut adalah empat keadaan istihadah:
1. Darah yang keluar kurang daripada had masa minimum haid iaitu sehari semalam.
2. Darah yang keluar melebihi had masa maksimum haid iaitu 15 hari.
3. Keluar darah sebelum umur minimum haid iaitu sebelum berumur 9 tahun.
4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maksimum nifas iaitu 60 hari.
Keadaan Wanita Mustahadah
Dr. Abdul Karim Zaidan membahagikan keadaan wanita mustahadah kepada empat seperti jadual di bawah (turut disertakan ialah cara-cara menentukan sama ada itu darah haid atau istihadah):

Keadaan
Haid
Kaedah Menentukan Sama Ada Darah yang Keluar Haid Atau Istihadah
Tamyiz (Membezakan)
Adat
Pertama
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Tamyiz iaitu dengan membezakan warna darah. Darah yang berwarna gelap, pekat dan berbau dianggap darah haid. Sebaliknya darah yang berwarna kekuningan, cair dan tidak berbau dianggap istihadah.
Kedua
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mengikut jumhur fuqaha, waktu istihadah dikira menggunakan kaedah adat. Sekiranya kebiasaan haidnya ialah 7 hari, maka hari ke-8 adalah istihadah.
Ketiga
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Maka cara menentukannya ialah berdasarkan adat kebiasaan wanita lain. Menurut Syeikh Uthaimin, wanita tersebut boleh mengikut kebiasaan haid wanita yang mempunyai fizikal atau umur yang hampir sama dengannya, wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat atau lain-lain pertimbangan.
Keempat
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mesti menggunakan kedua-dua kaedah iaitu tamyiz dan adat sekiranya darah yang memenuhi ciri-ciri darah haid keluar dalam tempoh biasa haid, sekiranya boleh diguna kedua-dua kaedah tersebut.
Namun sekiranya adat dan kebiasaan tidak selari, maka menurut mazhab Hanbali, ada 2 pendapat:
1. Tamyiz diutamakan.
2. Adat lebih diutamakan.

Hukum-hukum Istihadah
Memandangkan istihadah bukan darah haid dan dianggap darah penyakit, maka hukum istihadah tidak menyamai hukum haid. Wanita yang mengalami istihadah tidak perlu mandi wajib. Mandi hanya perlu setelah tamat tempoh haid.
Bagi wanita yang berada dalam keadaan istihadah juga, mereka tetap wajib menunaikan solat seperti biasa. Namun mereka perlu berwuduk bagi setiap kali solat yang hendak ditunaikan. Ini berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w. dalam sabda Baginda yang bermaksud:“Kemudian berwuduklah kamu setiap kali hendak solat.” (Riwayat al-Bukhari)
Perlu diingat bahawa wanita mustahadah perlu berwuduk untuk satu solat, bukan satu wuduk untuk dua solat. Ini bermakna, wanita mustahadah tidak boleh “menyimpan” wuduk bagi solat Maghrib untuk digunakan dalam solat Isyak.
Selain itu, wanita mustahadah juga perlu membersihkan darah istihadah itu setiap kali sebelum berwuduk. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: “Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.” Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” (Riwayat al-Tirmizi)
Dalam konteks zaman kini, penahan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah tuala wanita. Sekiranya telah dibersihkan darah istihadah dan ditukar dengan tuala wanita yang baru, darah tetap mengalir selepas berwuduk, maka wuduk tersebut tetap sah untuk satu solat.
Mungkin bagi wanita yang telah berumah tangga, mereka tertanya-tanya, apakah boleh mereka “bersama” suami? Menurut Syeikh al-Uthaimin, ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Sebahagian mereka berkata elok dielakkan selama mana tidak menyebabkan zina. Namun hakikatnya, tiada sebarang larangan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat dalam hal ini. Jadi, berdasarkan hukum wanita mustahadah dibolehkan solat, maka Syeikh Uthaimin berpendapat bahawa mereka boleh bersama suami.
Rujukan:
Syeikh al-Uthaimin, fi al-Dima’ al-Tibbiyah li al-Nisa’.
Muhammad Athiyah Khumais, Fiqih Wanita.
Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal di Ahkam al-Mar’ah.

Sumber: SOLUSI

AL-QURAN PENAWAR KESEDIHAN & KERESAHAN

Apabila resah, gelisah @ sedih, 
BACALAH AL-QURAN. 
Jika tidak tahu surah yang mana paling sesuai, BACALAH mana-mana halaman. 
Insyaallah, keresahan, kegelisahan & kesedihan akan hilang. 
Inilah antara mukjizat Al-Quran (^_^)


Doa Sakit Mata


Beberapa hari yg lps mata Cik Syarah pedih. Bila pegang ada biji kecil menandakan ketumbit. 
Cik Syarah ambil air bersih, baca Surah Al-Fatihah, Selawat Syifa’ dan Doa Sakit Mata. Cik Syarah juga berdoa kepada Allah agar disembuhkan penyakit ini supaya Cik Syarah dapat melaksanakan amanahnya (bekerja).

Air itu Cik Syarah minum dan sapukan sedikit pada mata dan semasa menyapu di bahagian ketumbit, Cik Syarah baca berulang kali bacaan seperti di atas (doa sakit mata).

Cik Syarah yakin apabila kita berusaha & bertawakal kepadaNYA, pasti DIA akan menyembuhkannya.

Alhamdulillah keesokkannya (setelah melakukan beberapa kali), Allah hilangkan kesakitan itu & Cik Syarah dapat melaksanakan amanah Allah seperti biasa (^_^)

(p/s:Doa adalah antara ikhtiar dan usaha, tetapi yang menyembuhkan setiap penyakit itu hanya ALLAH)

SELAWAT SYIFA'


HUKUM SAKTAH


JIKA KAMU MENCINTAI SESEORANG


Jika kamu menyukai seseorang, usahlah pamerkan kasih sayangmu,
kelak kamu akan kecewa....

Jika kamu meminati seseorang, usahlah menunjukkan kepada si dia,
kelak kamu akan menderita...

Jika kamu berkenankan seseorang, usahlah luahkan pada si dia,
sebaliknya luahkanlah hanya pada Dia...

Jika kamu memang benar-benar tergila-gilakan seseorang,
mintalah daripada Allah s.w.t, kerana Dia Maha Mendengar...

Jika benar cinta kamu kepada seseorang itu kerana Allah s.w.t,
siapa tahu Dia menggerakkan hati kamu berdua sehingga menjodohkan kalian di dunia hingga ke syurga...

Insyaallah...yakinlah pada Pemilik Cinta


BATALKAH WUDUK SUAMI ISTERI?????


"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih iaitu; sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur."
(Al-Maidah : 6)

Dari dalil di atas, Mazhab Syafie mentafsirkan perkataan lamastum ialah bermaksud bersentuhan antara lelaki dan perempuan termasuk suami dan isteri. Dalam masalah ini terdapat pendapat dari mazhab-mazhab lain yang berbeza pandangan mereka dengan Mazhab Syafie. Antaranya ialah:

  1. Mazhab Hanafi mentafsirkan perkataan lamastum adalah bermaksud jimak bukan bermaksud bersentuhan. Maka mereka mengatakan bahawa bersentuhan suami isteri tidak terbatal wuduk.
  2. Mazhab Maliki menyatakan bersentuhan kulit antara suami isteri dengan keadaan bersyahwat atau talazuz (bersedap-sedap) maka batal wuduknya, tetapi jika bersentuhan tanpa syahwat tidak batal wuduknya.
  3. Syiah berpendapat tidak terbatal wuduk antara suami dan isteri kerana mereka ini telah menjadi  muhrim disebabkan perkhawinan di antara mereka
Kesimpulan dari huraian dia atas, maka bersentuhan antara suami dan isteri terbatal wuduknya kerana kita berpegang kepada Mazhab Syafie. 

BESTNYE BACA SURAH YAASIIN



Seperti telah menjadi adat, membaca Surah Yaasiin HANYA pada malam Jumaat. Malah ada yang hanya membaca ayat-ayat suci Allah pada malam Jumaat sahaja. Tapi, tak apalah, membaca sekali lbh baik daripada langsung tak baca... Tapi membca berulang kali lbh baik drpd hanya sekali...


Tahukah kita sebnrnya terdapat banyak Fadhilat Membaca Surah Yaasiin....ini antarnya :


Ø Daripada Anas, Rasulullah saw bersabda: “Setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin” dan sesiapa yang membaca Yaasiin, maka Allah swt tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali. (HR. Al-Tarmizi)


Ø Daripada Abi Hurairah r.a, bersabda Rasulullah saw:”Sesiapa yang membaca Yaasiin pada waktu malam, maka akan diampunkan keesoknannya. Dan sesiapa yang membaca “Haamim Al Dukhan” nescaya akan diampunkan baginya keesokannya.” (HR. Ibnu Katsir)


Ø Daripada Abdullah berkata: Rasulullah saw telah bersabda: “Sesiapa yang membaca Yaasiin waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah swt, maka akan diberi keampunan baginya.” (HR. Ibnu Katsir)


Ø Daripada Ma’qil Ibni Yasar berkata:”Al Baqarah adalah rangka. Al Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. Dan surah Yaasiin adalah jantung hati Al-Quran.


Ø Daripada Ma’qil Ibni Yasar berkata: Rasulullah saw bersabda: “Bacalah Yaasiin atas mereka yang meninggal dunia.” (HR. Ibnu Katsir-Abu Daud dan Al Nasa’i)


Ø Sesetengah ulama berkata tentang Yaasiin bahawa antara keistemewaan surah Yaasiin ialah apabila dibaca tidak ada kesulitan melainkan dimudahkan oleh Allah. Dan adalah bacaanya (Yassin) ketika nazak, maka rahmat dan berkat turun dan dipermudahkan baginya roh keluar dengan nazaknya. (HR. Ibnu Katsir)


Ø Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi saw bersabda: “Adalah saya suka kalau surah Yaasiin dalam hati setiap insan daripada umatku.” (Riwayat Bazzar, Ibnu Katsir)


Ø Dari pada Safuan berkata: Adalah alim ulama berkata: “Apabila dibaca Yaasiin ke atas mayat, amak diringankan Allah baginya (Sakaratulmaut). (HR. Ahmad dan Ibnu Katsir)

HALALKAH CINTA ITU????



‘Imam Hassan Al-Banna menyampaikan ceramah mengenai al-Quran pada
setiap hari Rabu di kawasan ‘Al Hilmiyah’. Pernah seorang pemuda mengemukakan satu soalan yang menarik,
"Adakah bercinta itu halal atau haram?"
Hassan Al-Banna tersenyum lama dan kemudian menjawab:
"Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram."


WAHAI SUAMIKU....IMAMKAN SOLATKU

Diceritakan......Seorg isteri yang solehah + taat pd Allah tidak pernah berhenti berdoa semoga Allah membuka pintu hati Suaminya utk SOLAT. Setiap kali hendak mendirikan solat, Si Isteri akan membentang sejadahnya bersama sehelai lagi sejadah di depannya.... 

Suatu hari, Si Suami ternmpk kelibat Si Isteri sedang membentang sejadah lalu bertanya; "Yang, kenapa bentang 2 sejadah?" Si Isteri menjawab dengan lembut sambil tersenyum "Sejadah di depan untuk abang dan yang di belakang untuk saya. Saya yakin suatu hari nanti ALLAH akan buka hati abang untuk mendirikan solat dan menjadi imam solat saya" Menitis air mata Si Suami .... insaf. 

Dengan izin ALLAH, sejak hari itu, Si Suami tidak pernah meninggalkan solat malah sentiasa menjadi imam utk solat isterinya.......