- Hanya sekadar adat, sememangnya tiada dalam hukum syarak.
- Tiada dalil yang melarang perbuatan ini (menepung tawar / menabur beras / merenjis pengantin) maka tiada masalah jika dilakukan tetapi boleh jatuh haram jika ada pensabitan/unsur lain seperti dilakukan kerana bertujuan menolak bala atau ada unsur syirik / khurafat, jika benda yang ditabur itu makanan seperti beras kunyit maka berlaku pembaziran - ditegah kerana pembaziran adalah amalan syaitan.
- Walaubagaimanapun pembaziran yang dibuat seperti pelamin yang terlalu gah, hantaran mahal - mahal yang bertujuan menunjuk - nunjuk dan sebagainya, itu yang terlebih dulu dilarang jika dibandingkan dengan adat merenjis.
- Haram jika dilakukan sebagai satu cara/upacara memohon perlindungan/tolak bala (perkara khurafat/syirik)
- Harus jika ia adalah sekadar penyeri majlis tanpa apa-apa maksud lain di sebaliknya. (Meraikan adat yang tidak menyalahi syarak diharuskan)
- Sesetengah pihak melarang hal-hal di atas kerana ia bukan berasal dari budaya Islam. Hal ini diakui, namun perlu diingatkan bahawa Islam tidak melarang sebarang adat dan budaya selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur haram di dalamnya. (Islam agama yang sentiasa memudahkan umatnya, tidak jumud/kuno/sempit)
Dikongsikan juga pendapat Ustaz Azhar Idrus :
- Menabur beras kunyit asalnya adat orang Hindu dan ianya adalah pembaziran kecuali pengantin itu adalah pengantin ayam.
- Menepung tawar adalah membazir, lebih baik guna tepung buat cekodok bagi makan pada pengantin.
- Merenjis air mawar dibolehkan kerana bertujuan untuk wangian tapi jika pengantin jenis tak solat, jangan guna air mawar tapi renjis guna air longkang.
Pengamatan Profesor yang boleh dijadikan dalil merenjis air mawar pada pengantin diharuskan bagi meraikan adat yang tidak menyalahi syarak:
Semasa beliau menghadiri perkhawinan anak Ustaz Haron Din, Ustaz Haron Din juga merenjis air mawar pada anaknya.
Terima kasih Allah kerana izinkanku mendalami agamaMu (^_^)
Terima kasih Allah kerana izinkanku mendalami agamaMu (^_^)
salam...terima kasih,penyampaian yang sgt jelas dan faham..
ReplyDeleteSalam. Sama2....smg ilmu ini brmanfaat utk kita semua😊
Delete