LAFAZ NIKAH

Mesti ramai yang feeling berbunga-bunga dengan episod Ariana Rose kali ini (babak pernikahan)..

Beruntunglah pada yang telah berkhawin, yang belum berkahwin jangan nak mengada-ngada nak feeling dengan couple k (ingatan utk diri sndri juga)

Cik Syarah nak share sesuatu tentang Lafaz nikah:

Sighah (lafaz) adalah rukun pertama dalam pernikahan iaitu wali meminta persetujuan daripada pengantin lelaki akan pernikahan yang ingin dilaksanakan seperti wali berkata: 
"Aku nikahkan dikau" atau: "Aku kahwinkan dikau dengan anak perempuan aku."

Setelah itu penerimaan persetujuan daripada pengantin lelaki akan lafaz tersebut dengan berkata:
"Aku setuju berkahwin" atau: "Aku terima nikah ini dengan anak perempuan kamu".
(Dengan syarat pengantin perempuan itu telah ditentukan secara khas dan telah diketahui oleh pengantin lelaki).

Maka hal ini telah cukup untuk dikatakan menepati rukun yang pertama.

Terdapat syarat yang perlu diperhatikan oleh si lelaki agar lafaz qabul yang diucapkannya itu sah. Kalau si lelaki hanya berkata: 
"Aku terima" tanpa menyebutkan lafaz "nikah" atau "kahwin" seperti di atas, maka lafaz si lelaki itu tidak sah.

Inilah yang perlu diperhatikan oleh dua orang saksi pada majlis perkahwinan. Sekiranya adanya lafaz terima dan kahwin dari si lelaki, maka sahlah lafaz qabul si lelaki itu.

Manakala penyebutan jumlah mahar (mas kahwin) adalah sunat. Sekiranya tidak disebutkan jenis dan jumlah mahar dalam akad, maka perbuatan tersebut adalah makruh.

Lafaz ijab dan qabul mestilah dalam satu majlis dan berturutan antara wali dan pengantin lelaki. Kalau ada sengkangan masa yang lama antara ijab dan qabul, maka tidak dikira sah akad itu.

Masa sengkang lama itu terserah kepada uruf(adat kebiasaan) masyarakat. Kalau lima saat itu masih dikira sekejap, maka sah lah akad itu. Ianya bergantung kepada perkiraan saksi. Sebab itu ramai saksi kata tidak sah atau pengantin lelaki perlu mengulangi lagi akad disebabkan ada sengkang masa yang lama menurut perkiraan saksi.

Atau kemungkinan pengantin lelaki terlampau gemuruh sehingga tersekat-sekat untuk mengucapkan lafaz nikah, menyebabkan saksi merasakan hal tersebut merupakan sengkangan masa yang lama yang terdapat dalam akad. Maka akad perlu diulangi.

Di dalam kitab disebutkan bahawa kalau pengantin lelaki mengambil masa sedikit untuk bernafas, terbersin, maka tidak memberi sebarang kesan kepada akad. Akad adalah sah.

Kesimpulannya lafaz ijab dan qabul dalam pernikahan tidak perlu senafas.


[Rujukan bersama: Fikah Kekeluargaan terbitan UIA]

No comments:

Post a Comment

Jom Share (^_^)