ALLAH MELAKNAT WANITA YANG MENCUKUR BULU KENING @ BULU MUKA

“Allah MELAKNAT wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.
Perbuatan-perbuatan yang disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah."

Tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka (kecuali untuk menghilangkan kejelekan yang luarbiasa)....

Mencukur bulu kening hukumnya HARAM & dilaknat Allah krn pebuatan itu mengubah ciptaan Allah! (kpd siapa yg prnh mencukur keningnya @ org lain....bertaubatlah sesungguhnya Allah Maha Pengampun.)

Bagaimana kalau suami suruh?
Anggota yg blh dipamerkan spt muka maka haram mengubah ciptaan asal.
Tetapi kalau bulu dalaman spt bulu di kaki, suami suruh cukur mgkn krn kelihatan spt lelaki, mk dibolehkan krn kaki bukan anggato yg dipamerkan.

Jk kening yg pjg sehingga memudaratkn @ mengganggu ibadat mk diblhkn cukur wlpun tanpa izin suami.

Adat mencukur bulu kening utk mndptkn seri pengantin menyalahi syarak mk haram dilakukan.

"Satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah saw. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab:
“Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”
Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.
Perbuatan-perbuatan yang disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah.
Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka (kecuali untuk menghilangkan kejelekan yang luarbiasa), termasuk yang diharamkan ialah menghilangkan bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik.
 
Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya

PROSES PEMBELAJARAN SOLAT ANAK UMIE


Dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Ajarlah anak-anak kamu solat ketika dia berusia 7 tahun, dan boleh kamu memukulnya jika dia mengabaikan solat pada umur 10 tahun.” 

Betul ke susah nk suruh anak kita solat?...
Cik Syarah cuba buat experiment..dlm masa yg sama melatih anak2 Umie brsolat....

Day 1 (ahad): Mlm dh jnji esok pg akn solat-kena bgun awal. Pepagi lps azan Umie kejutkan dyrg. Dlm keadaan mamun dyrg solat blkg Umie (Umie solat kali kedua sb nk ajar bacaan).
Settle solat. Mmg mnguji kesabaran jugak sb susahnya nk kejut-puas membelai nk suruh bangun....

Day 2 (Isnin) : Umie kena bgun awal sb nk siapkan diri dlu. Pastu Umie gerakkan Aina & Eiymann. Jenoh membelai...keluar sgl ayat2 manis & puji-pujian kt dyrg. 
Umie bwk g toilet utk ambikkn wuduq. 
Pg ni Umie hmpr fleksi. (Itu mujur x kena siapkan dyrg g sekolah & x buatkan bekpes utk dyrg...klau x pukul brape agknya smpai opis)

Day 3 (Selasa): Eiymann lbh mudah bngun & dy dh taw ape tujuan Umie kejut. Aina susah skit -biasalah permpuan manja...
Ok pg ni Umie trsilap lgkh sb trlupa ion bju mlm td...Mknya Umie fleksi tp x pe sb 2 anak Umie solat subuh-mujur Mak tok ader tlg ajarkn bacaan dyrg.

Day 4 (Umie off kerja): Trlewat sedar. Lps solat Umie kejut dyrg wlpun dh hmpr pukul 7.30. Terus suruh solat. Umie nk ajar korunk tetap solat wlpun trbangun lmbt.

Masa g jejln x susah suruh dyrg solat sb dyrg akn join skali biler Umie solat. Kekdg dyrg lak yg ingatkan Umie...

Yg mncabarnya solat subuh... jgn kata budak, kita dewasa pon susah nk bgun kekadg kan...hehe

Cik Syarah tabik pd ibu bapa esp yg bekerja, yg sempat pastikan anak2 solat subuh sblm ke sekolah..lg hebatlah klau yg siap sempat brjemaah dgn anak. Korunk mmg hebat!

Hasil eksperiment: kita perlukan kesabaran yg sgt tggi, sedikit ketegasan, belaian, teknik yg kreatif (mcm kaitkn solat dgn prkara2 baik yg bebudak ni trima) utk ajar & ajak anak brsolat (igt blk mcm maner kita memula solat dlu) (^_^)

Nur Aina Liyana Darosnizam & E'izz Eiymann Nazrin Umie doakan smg korunk jd anak yg soleh & solehah. Insyaallah Umie akn terus didik & latih korunk esp dlm solat♥

Latihan utk Umie d masa akn dtg (^_^)

Bkn mngajar kalian sb Cik Syarah x layak...hanya brkongsi pngalaman. 
Ea, mgkn x sama mngajar anak org lain @ anak buah dgn anak sndiri tp ini antr usaha awal ke arah proses sbnr & t/jwb sbg ibu saudara yg ada sedikit ilmu agama...

‪#‎prosespembelajarankeranadiritdksempuna

DINIKAHI SEORANG PEREMPUAN KERANA....

Tetiber tringat 1 kisah...
Tym tu Cik Syarah baru mula belajar subjek Fiqh Munakahat kt UDM. Biasalah bila 1st tym sume bnda nk tye, nk kaji, nak uji..
Maka Cik Syarah tye pd sorng kawan yg tgh sem 4 Ijazah Syariah:

Cik Syarah: "Mcm mana Islam ajar pilih pasangan?"

Dy: Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Cik Syarah: Great! Ok katakanlah diberi pilihan, seorg prmpuan yg cantik tp brmulut jahat-suka mengata, menghina, mengumpat, ckp lucah..tp cantik sgt. Dgn sorg lagi yg baik akhlaknya...tp mmg x cntik. Pilih mana?

Dy: Yg cantik...

Cik Syarah: Aik...tadi ckp..

Dy: Buruk akhlak blh diperbaiki, blh dibimbing...tp klau mmg x cntik selamanya x blh ubah....

Cik Syarah:@#$@??....

Bkn semua org dpt mengaplikasikan apa yg dikata...andai Cik Syarah tersasar mohon tegur ea (^_^)

JOM BERWAKAF!

Cara paling mudah :

  • Beli sepasang telekung (sekurang-kurangnya); pastikan tidak jarang & kalau boleh yang terbaik di mata kita
  • Wakafkan (letak) di surau stesen minyak yang ramai pemandu berhenti
  • Bayangkan kalau dalam 1 waktu 5 orang pakai, 5 waktu 25 orang pakai. Itu baru sehari...

Fuh!! berlipatganda pahala yang kita dapat tanpa kita sedar. Mudahkan... (^_^)

Kelebihan Berwakaf:

  • Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t
  • Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.
  • Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah s.w.t kepada pewakaf selagi mana harta atau 'ain' yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.
  • Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Ta'ala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah (diberi), diwarisi dan dipusakai.
  • Allah s.w.t telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadaNya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Ta'ala sebagaimana firman Allah :-


﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾
سورة البقرة : ۲٦١

Mafhumnya :-
“ Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  قَالَ :  إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. 
﴿ رواه مسلم ﴾

Maksudnya :-
“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
(Hadis Riwayat Muslim)

Hikmah Berwakaf:

Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al-imran ayat 115 yang bermaksud:

"Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa".

Antara hikmah yang terdapat di dalam ibadah wakaf ialah:


  • menzahirkan pengabdian diri kepada allah s.w.t
  • sebagai langkah mendekatkan diri kepada allah s.w.t
  • mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
  • berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam
  • Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di Negara ini khususnya.

JOM BERWAKAF/BERSEDEKAH TANPA MENGELUARKAN DUIT!

Jom berwakaf/bersedekah tanpa mengeluarkan duit!

  • Cari buku-buku ilmiah di rumah yg dah lama terbiar (tanpa dibaca)
  • perelokkan (eg: balut/gam mana yg tertanggal)
  • wakafkan/berikan pd perpustakaan utk manfaat org ramai
  • rumah pon x berselerak/tmbh ruang kosong, kita dpt berwakaf @ bersedekah dan yg bestnye kita dpt manfaatkn buku-buku tu utk org ramai 
  • bayangkan klau 1 buku = 2 org baca sehari....ditambah pula buku tu dijdkan bahan utk penyebaran ilmu....fuhh
  • senangkan?...jom buat!
Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. 

﴿ رواه مسلم ﴾ 

Maksudnya :-

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
(Hadis Riwayat Muslim)

Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.

Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah s.w.t kepada pewakaf selagi mana harta atau 'ain' yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

Firman Allah :-

﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾
سورة البقرة : ۲٦
Mafhumnya :-

“ Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al-imran ayat 115 yang bermaksud:

"Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa".

PERASAAN CINTA ITU FITRAH

Keharusan berseronok dan berenak-enak antara lelaki dan perempuan adalah kesan daripada akad nikah. 
Maka selagi akad nikah tidak dilangsungkan, selagi itulah tidak dihalalkan perkara tersebut.


MUNGKIR JANJI UNTUK BERKAHWIN DAN KESAN KE ATAS PEMBERIAN ATAU HADIAH MENURUT HUKUM SYARAK

Kesan ke atas Mahar (mas kahwin)
Ulama tidak berbeza pendapat, mas kahwin yang didahulukan dalam majlis pertunangan oleh pihak lelaki boleh dituntut kembali.

Ini kerana mahar hanya akan menjadi milik perempuan setelah berlakunya akad nikah atau perkahwinan.


Kesan ke atas Pemberian atau Hadiah (Hantaran)

Pemberian atau hadiah pertunangan berlainan dengan pemberian biasa (hibbah) kerana pemberian tersebut mengharapkan balasan dari pihak penerima iaitu melangsungkan perkahwinan. Oleh itu jika ternyata perkahwinan yang bakal dilangsungkan itu dibatalkan, maka pihak pemberi berhak menuntut kembali pemberiannya. Namun, berlaku perselisihan fuqaha' berhubung dengan persoalan ini :

Mazhab Syafie berpendapat bahawa orang yang memberi berhak mengambil balik pemberian itu, sama ada ia masih wujud atau telah rosak, tanpa mengira pihak mana yang memutuskan pertunangan itu.

Mazhab Hanafi berpendapat bahawa pihak yang memberi berhak menuntut kembali sekiranya hadiah itu masih wujud dalam pihak yang menerima, sebaliknya jika telah rosak, maka pemberi tidak berhak lagi menuntutnya kembali kerana hadiah adalah suatu pemberian dan pemberian tidak boleh diminta balik atau ganti nilainya oleh mana-mana pihak jika ia telah digunakan, rosak atau telah berubah sifat asalnya.

Mazhab Hanbali berpendapat bahawa hadiah-hadiah pertunangan tidak boleh dituntut kembali apabila berlaku mungkir janji untuk berkahwin atau pembatalan pertunangan kerana ia dianggap sebagai hibbah.

Mazhab Maliki merujuk kepada syarat jika ada syarat. Jika tiada hendaklah dirujuk kepada adat. Jika tiada maka dilihat kepada pihak yang memutuskan pertunangan.
  • Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan, maka dia tidak berhak menuntut kembali hadiah pemberiaannya; kerana tindakannya memutuskan pertunangan, kalau dibenarkan lelaki menuntut kembali hadiah pemberiaannya, beerti pihak perempuan terpaksa menanggung dua risiko bencana: pertama, lelaki yang meminangnya berpaling tadah dan memutuskan hubungan pertunangan. Kedua, terpaksa pula mengembalikan hadiah-hadiah yang diterimanya semasa dalam pertunangan. 
  • Jika pihak perempuan yang memutuskan pertunangan, maka ketika itu pihak lelaki berhak menuntut kembali hadiah yang diberinya semasa pertunangan, sama ada hadiah itu masih wujud dalam milik perempuan atau telah rosak dan sebagainya; supaya pihak lelaki tidak menanggung sua risiko bebanan dalam suatu masa, iaitu hilang hartanya dan putus pula pertunangan.
Jika dilihat, jelas pendapat Mazhab Maliki adalah paling wajar diamalkan bagi meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh orang yang berkenaan.


Namun terdapat adat pertunangan yang diamalkan bertentangan dengan prinsip syarak;
  • Jika pihak lelaki yang mungkir janji akan pertunangan itu dan tidak mahu berkahwin, maka dia tidak boleh menuntut kembali hadiah-hadiah yang diberikan kepada pihak perempuan (tidak bertentangan dengan syarak).
  • Sebaliknya, jika perempuan yang mungkir janji akan pertunangan itu, maka dia hendaklah membayar dua kali ganda harga duit atau barang-barang yang diberikan oleh pihak lelaki. 
Adat ini menampakkan pertentangan dengan prinsip-prinsip Islam kerana ia menimbulkan penipuan atau gharar dan penindasan terhadap pihak perempuan.


Apabila sesuatu pertunangan itu dibatalkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak, maka tidaklah wajar pihak lelaki atau perempuan menuntut balik pemberian masing-masing. Ini kerana pemberian tersebut dianggap sebagai hibah atau hadiah dan menjadi kepunyaan penerima hibah.

Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan jika mana-mana pihak secara sukarela dan redha untuk memulangkan pemberian pertunangan atau melepaskan (menghalalkan) kepada pihak penerima dan menganggap ia sebagai hadiah.


Adat pertunangan yang diamalkan banyak mendatangakan faedah dan boleh merapatkan hubungan kedua-dua belah pihak. Adat ini juga menggalakkan pemberian hadiah di antara kedua-dua pihak dan oleh itu boleh mendatangkan kehormatan dan kasih sayang di antara mereka. Namun prinsip ini akan tercemar jika pemberian itu bertujuan untuk 'menunjuk-nunjuk' hingga timbul rasa riak, takbur dan sebagainya.


(Rujukan bersama : Persoalan Fiqh Semasa UKM dan Kajian Konsep Pertunangan Menurut Perspektif Islam:Beberapa Isu Berbangkit-Jabatan Syariah UKM)

LAFAZ NIKAH

Mesti ramai yang feeling berbunga-bunga dengan episod Ariana Rose kali ini (babak pernikahan)..

Beruntunglah pada yang telah berkhawin, yang belum berkahwin jangan nak mengada-ngada nak feeling dengan couple k (ingatan utk diri sndri juga)

Cik Syarah nak share sesuatu tentang Lafaz nikah:

Sighah (lafaz) adalah rukun pertama dalam pernikahan iaitu wali meminta persetujuan daripada pengantin lelaki akan pernikahan yang ingin dilaksanakan seperti wali berkata: 
"Aku nikahkan dikau" atau: "Aku kahwinkan dikau dengan anak perempuan aku."

Setelah itu penerimaan persetujuan daripada pengantin lelaki akan lafaz tersebut dengan berkata:
"Aku setuju berkahwin" atau: "Aku terima nikah ini dengan anak perempuan kamu".
(Dengan syarat pengantin perempuan itu telah ditentukan secara khas dan telah diketahui oleh pengantin lelaki).

Maka hal ini telah cukup untuk dikatakan menepati rukun yang pertama.

Terdapat syarat yang perlu diperhatikan oleh si lelaki agar lafaz qabul yang diucapkannya itu sah. Kalau si lelaki hanya berkata: 
"Aku terima" tanpa menyebutkan lafaz "nikah" atau "kahwin" seperti di atas, maka lafaz si lelaki itu tidak sah.

Inilah yang perlu diperhatikan oleh dua orang saksi pada majlis perkahwinan. Sekiranya adanya lafaz terima dan kahwin dari si lelaki, maka sahlah lafaz qabul si lelaki itu.

Manakala penyebutan jumlah mahar (mas kahwin) adalah sunat. Sekiranya tidak disebutkan jenis dan jumlah mahar dalam akad, maka perbuatan tersebut adalah makruh.

Lafaz ijab dan qabul mestilah dalam satu majlis dan berturutan antara wali dan pengantin lelaki. Kalau ada sengkangan masa yang lama antara ijab dan qabul, maka tidak dikira sah akad itu.

Masa sengkang lama itu terserah kepada uruf(adat kebiasaan) masyarakat. Kalau lima saat itu masih dikira sekejap, maka sah lah akad itu. Ianya bergantung kepada perkiraan saksi. Sebab itu ramai saksi kata tidak sah atau pengantin lelaki perlu mengulangi lagi akad disebabkan ada sengkang masa yang lama menurut perkiraan saksi.

Atau kemungkinan pengantin lelaki terlampau gemuruh sehingga tersekat-sekat untuk mengucapkan lafaz nikah, menyebabkan saksi merasakan hal tersebut merupakan sengkangan masa yang lama yang terdapat dalam akad. Maka akad perlu diulangi.

Di dalam kitab disebutkan bahawa kalau pengantin lelaki mengambil masa sedikit untuk bernafas, terbersin, maka tidak memberi sebarang kesan kepada akad. Akad adalah sah.

Kesimpulannya lafaz ijab dan qabul dalam pernikahan tidak perlu senafas.


[Rujukan bersama: Fikah Kekeluargaan terbitan UIA]

HUKUM PEMINANGAN & HUKUM MELIHAT BAKAL PASANGAN - jangan tiru macam Ariana Rose (^_^)

{Jangan ikut mcm Ariana Rose & Adam Mukhriz ea ...hehe}

Hukum peminangan adalah sunnat. Ini kerana dengan berlakunya proses peminangan, pihak lelaki akan dapat mengenali perempuan yang akan dikahwininya. Begitu juga sebaliknya, pihak perempuan dapat mengenali bakal suaminya.

Antara hikmah peminangan adalah membolehkan pihak bakal suami melihat dan berkenalan dengan pihak bakal isteri.

Syarak membenarkan pihak bakal suami dan bakal isteri masing - masing melihat bakal pasangan hidup mereka.

Pernah berlaku pada zaman Rasulullah, al-Mughirah bin Shu'bah telah meminang seorang perempuan untuk diperisterikannya. Rasulullah bertanya kepadanya: "Adakah engkau telah melihatnya?"

Jawabnya: "Tidak."

Lalu Baginda bersabda yang bermaksud:
"Lihatlah kepadanya, kerana melihat itu merupakan perkara asas yang boleh mengekalkan (perkahwinan) kamu berdua."


Di dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Apabila seseorang daripada kamu mahu meminang seseorang perempuan, jika dia boleh melihatnya sehingga mendorongnya untuk berkahwin, maka lakukanlah sedemikian."

Hadis-hadis tersebut membenarkan pasangan yang ingin berkahwin melihat sesama sendiri sewaktu peminangan.

Dengan tindakan tersebut akan dapat mententeramkan hati yang mungkin tertanya-tanya berkaitan dengan pasangan masing-masing.


(Rujukan:Falsafah Tasyri' bab Munakahat)

AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH WANITA KETIKA HAID & NIFAS

Walaupun Allah Bagi Cuti, 
 jangan 'cuti' dari mengingatiNYA
 #bacaan untuk wanita
dan
pengetahuan untuk lelaki


EXAM SEMESTER 7

Permudahkan Ya Allah …

DOA SAKIT KEPALA

Baca Ayat 19 dari Surah al-Waqiah untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan, insyaAllah.


Maksudnya:

"Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya."

HUKUM MENEPUNG TAWAR/MENABUR BERAS/MERENJIS PENGANTIN

Menurut Profesor (Pensyarah Subjek Persoalan Fiqh Semasa kelas semester 7 Ijazah Syariah) hukum menepung tawar / menabur beras / merenjis pengantin :

  • Hanya sekadar adat, sememangnya tiada dalam hukum syarak. 
  • Tiada dalil yang melarang perbuatan ini (menepung tawar / menabur beras / merenjis pengantin) maka tiada masalah jika dilakukan tetapi boleh jatuh haram jika ada pensabitan/unsur lain seperti dilakukan kerana bertujuan menolak bala atau ada unsur syirik / khurafat, jika benda yang ditabur itu makanan seperti beras kunyit maka  berlaku pembaziran - ditegah kerana pembaziran adalah amalan syaitan. 
  • Walaubagaimanapun pembaziran yang dibuat seperti pelamin yang terlalu gah, hantaran mahal - mahal yang bertujuan menunjuk - nunjuk dan sebagainya, itu yang terlebih dulu dilarang jika dibandingkan dengan adat merenjis. 
Rumusan hukum:
  • Haram jika dilakukan sebagai satu cara/upacara memohon perlindungan/tolak bala (perkara khurafat/syirik)
  • Harus jika ia adalah sekadar penyeri majlis tanpa apa-apa maksud lain di sebaliknya. (Meraikan adat yang tidak menyalahi syarak diharuskan)
  • Sesetengah pihak melarang hal-hal di atas kerana ia bukan berasal dari budaya Islam. Hal ini diakui, namun perlu diingatkan bahawa Islam tidak melarang sebarang adat dan budaya selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur haram di dalamnya. (Islam agama yang sentiasa memudahkan umatnya, tidak jumud/kuno/sempit)
Dikongsikan juga pendapat Ustaz Azhar Idrus :
  • Menabur beras kunyit asalnya adat orang Hindu dan ianya adalah pembaziran kecuali pengantin itu adalah pengantin ayam.
  • Menepung tawar adalah membazir, lebih baik guna tepung buat cekodok bagi makan pada pengantin.
  • Merenjis air mawar dibolehkan kerana bertujuan untuk wangian tapi jika pengantin jenis tak solat, jangan guna air mawar tapi renjis guna air longkang.
Penambahan:

Pengamatan Profesor yang boleh dijadikan dalil merenjis air mawar pada pengantin diharuskan bagi meraikan adat yang tidak menyalahi syarak: 
Semasa beliau menghadiri perkhawinan anak Ustaz Haron Din, Ustaz Haron Din juga merenjis air mawar pada anaknya.

Terima kasih Allah kerana izinkanku mendalami agamaMu (^_^)

PERISTIWA MENARIK SEMASA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Pada Subuh hari kelahiran Baginda, keadaan Makkah dan sekelilingnya ketika berada di dalam keadaan damai dan menenangkan jiwa. Angin yang bertiup sepoi-sepoi, keadaan alam ketika itu seolah-olah menyambut ketibaan tetamu agung yang tidak pernah dirasai oleh penduduk Makkah sebelum ini.

Kelahiran bayi ini disambut dengan sukacita oleh keluarga Bani Hasyim. Di negeri Parsi, kelahiran Muhammad bin Abdullah memadamkan api-api keramat kaum Majusi di kuil-kuil yang selama seribu tahun tidak terpadam semenjak ia dihidupkan. Kelahiran Muhammad s.a.w. juga menggoyangkan tiang-tiang utama istana Qisra Rumawi dan menyebabkan menaranya roboh. Berhala-berhala yang memenuhi pelantaran Kaabah retak dan bergoncangan. Cahaya dari tubuh Muhammad s.a.w. memancar naik ke langit dan menerangi semua tempat yang dilaluinya. Muhammad s.a.w. lahir dengan membawa panji-panji risalah terakhir dari Allah s.w.t. untuk umat manusia.

Anusyirwan dan pendeta-pendeta mendapat mimpi yang menakutkan. Ketika lahir, nabi kecil ini telah telah tersunat dan tali pusatnya pun sudah terpotong. Ketika lahir di dunia, Baginda s.a.w. berkata:

"Allahu Akbar, Alhamdulillah. Dialah Allah yang harus disembah siang dan malam."

Peristiwa yang mengawal kelahiran setiap nabi tidak ada yang terjadi secara kebetulan. Semua peristiwa itu berada dalam realiti dan perencanaan Allah s.w.t., khususnya yang berkenaan dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. baik dalam Taurat mahupun Injil.

Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-Quran:

"Dan ingatlah ketika Isa putera Maryam berkata, "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah padamu, membenarkan apa yang sebelumnya dari Taurat pemberi khabar gembira dengan seorang rasul yang akan datang sesudahku namanya Ahmad." Maka tatkala dia datang kepada mereka dengan keterangan-keterangan, mereka berkata, "Ini adalah sihir yang nyata."
(Surah As-Shaff ayat 6)

لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْب
لَدَنَا القَاصِيْ وَالْقَرِيْب
مِنْ طَيِّبَةٍ قَبْلَ الْمَغِيْب 
طَالِباً قُرْبَ الحَبِيْب

Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasihMU



Jom perbykkn selawat!
Salam Mulidur Rasul ( ^ _ ^ )

BERSEGERALAH DALAM MELAKUKAN KEBAIKAN

Bersegeralah dalam melakukan kebaikan

Bila kita terfikir untuk melakukan kebaikan/amal/ibadat, segerakanlah kerana kita tidak tahu bila ajal kita.

Contohnya bila kita ingin bersedekah/berwakaf/berinfaq ke jln Allah/berzakat, jangan tunggu masa yang sesuai. Bila mampu terus buat.

Katakanlah kita bercadang nak bersedekah hujung bulan padahal kita dah mampu untuk bersedekah sebelum hujung bulan, tiba-tiba ajal kita. Ruginya kita kerana hanya mendapat pahala niat sahaja.

"Dan tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan) sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."(Al-Baqarah : 148)

Renung-renungkan dan jom beramal!

WAKAF

Jom berwakaf!

Cara paling mudah :
  1. beli sepasang telekung (sekurang-kurangnya); pastikan tidak jarang & kalau boleh yang terbaik di mata kita
  2. wakafkan (letak) di surau stesen minyak yang ramai pemandu berhenti
Bayangkan kalau dalam 1 waktu 5 orang pakai, 5 waktu 25 orang pakai. Itu baru sehari...

Fuh!! berlipatganda pahala yang kita dapat tanpa kita sedar. Mudahkan... (^_^)

Kelebihan Berwakaf:

Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t

Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.

Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah s.w.t kepada pewakaf selagi mana harta atau 'ain' yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Ta'ala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah (diberi), diwarisi dan dipusakai.

Allah s.w.t telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadaNya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Ta'ala sebagaimana firman Allah :-


﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾

سورة البقرة : ۲٦١

Mafhumnya :-

“ Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.

(Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏

﴿ رواه مسلم ﴾

Maksudnya :-

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.

(Hadis Riwayat Muslim)

Hikmah Berwakaf:

Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al-imran ayat 115 yang bermaksud:

"Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa".

Antara hikmah yang terdapat di dalam ibadah wakaf ialah:

  • menzahirkan pengabdian diri kepada allah s.w.t
  • sebagai langkah mendekatkan diri kepada allah s.w.t
  • mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
  • berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam
  • Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di Negara ini khususnya.

AYAT-AYAT CINTA DARI PEMILIK CINTA


Ayat-ayat cinta..
Al-Baqarah : 165
At-Taubah : 24
Sebelum mencari cinta manusia...carilah cinta Allah dahulu
Jika ingin dicintai manusia belajarlah mencintai penciptanya dahulu...
Jodoh yang baik datangnya dari Allah

"Jika kau mahu cintaku…Carilah dulu cinta Allah..
Jika kau mahu rinduku..Rindulah dulu Allah dan rasulnya
Jika kau mahu sayangku..Sayangilah dulu agamamu lebih dari diriku..
Jika sayang diriku..jauhilah aku sebelum masanya..
Jika ikhlas dengan diriku…jauhkan aku dari zina..terutamanya zina hati..
Jika cintamu sejati untuk ku..cintailah aku kerana Allah..
Jika pilihanmu aku..pilihlah kerana agamaku..bukan yang lain..
Jika setiamu padaku..setialah kerana untuk mendapat redha Allah..
Jika kau mahu peliharaku..peliharalah aku dari godaan cinta dunia dan nafsu..
¨*•♫♥♥¨*•♫♥♥¨*•♫♥♥
Yakinlah..Andai Allah tentukan aku milikmu..
Aku tetap milikmu..
Yakinlah..Andai Allah tentukan aku bukan milikmu..
Itu yang terbaik untumu..
(¯`•.¸ღ ღ¸.•´¯) 

ISTIDRAJ

{Ruangkan masa seketika...bacalah}

Semoga kita tidak diberikan rezeki istidraj.

Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya dan kejadian luar biasa yang diberikan kepada orang fasik yang mengaku sebagai wakil Tuhan dengan mengemukakan berbagai dalil untuk menguatkan kebohongannya.

Al Istidraj mempunyai beberapa nama atau istilah yang pelbagai:

  1. Adakalanya seseorang dikabulkan segala permintaannya agar ia makin bertambah ingkar dan sesat, tetapi pada akhirnya ia akan dimatikan dalam keadaan kafir. Hal itu seperti yang disebutkan dalam firman Allah: “Nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan ) dengan cara yang tidak mereka ketahui”. (Al-Qalam :44) 
  2. Makar: Dalam Al Qur’an disebutkan: “Maka tidak ada yang terhindar dari tipu daya Allah kecuali orang yang rugi”. (Al-‘Araf: 99). Allah berfirman: “Dan mereka berbuat tipu daya, maka Allah membalas mereka dengan tipu daya yang serupa dan Dia sebaik-baik yang membuat balasan” (Ali ‘Imran: 54) 
  3. Al Kaid ertinya tipu daya: Dalam firman Allah disebutkan: “Mereka berusaha menipu Allah, padahal Allah yang menipu mereka” (An-Nisaa’:142). Allah berfirman: “Mereka akan menipu Allah dan orang-orang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri, tetapi mereka tidak merasakannya”. (Al-Baqarah: 9)
  4. Imla’ bererti memberi tangguh: Firman Allah: “Dan janganlah orang-orang kafir itu mengira bahawa pemberian tangguh bagi mereka itu memberi kebaikan bagi mereka, tetapi hal itu terjadi agar mereka makin bertambah dosa-dosanya” (Ali ‘Imran: 178)
  5. Al Ihlak bererti kebinasaan: Allah berfirman: “Sampai ketika mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, maka Kami siksa mereka dengan cara yang mendadak” (Al-‘Anaam: 44). Allah berfirman: “Firaun dan bala tentaranya menyombongkan diri di permukaan bumi tanpa alasan yang dibenarkan, dan mereka mengira bahwa mereka tidak akan kembali kepada Kami, maka Kami menyiksanya dan bala tentaranya, kemudian Kami menenggelamkan mereka di dalam laut” (Al-Qisas: 33) 
Rasullulah s.a.w. bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) 

Tetapi bagaimana dengan orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, kamu tidak takut mati? Katanya, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul Ibad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.


Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang dan mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

Perkongsian ini dipetik dari : http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/12/istidraj.html?m=1 

KWSP bukan harta sepencarian

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-67 yang bersidang pada 22 Feb 2005 telah membincangkan Hukum Menjadikan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sebagai Harta Sepencarian. Muzakarah telah memutuskan bahawa Wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan wang tersebut sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid

Keterangan/Hujah:

LATAR BELAKANG

Isu untuk menjadikan wang caruman KWSP sebagai harta sepencarian timbul apabila terdapat beberapa pihak yang mahukan pihak isteri juga turut mempunyai hak dalam caruman KWSP suami terutama apabila berlaku perceraian atau kematian si suami.

Undang-undang Pentadbiran Mahkamah Syariah di Kelantan dan Undang-undang Keluarga Islam di seluruh negeri dan Wilayah Persekutuan ada mentafsirkan maksud harta sepencarian. Dari sudut perundangan, terdapat sedikit perbezaan dalam pentafsiran terminologi ini sungguhpun tidak terdapat perbezaan dari segi amalan pembahagian. Umumnya, harta sepencarian dapat didefinisikan sebagai harta sama ada harta alih atau harta tak alih yang diperoleh bersama oleh suami dan isteri hasil daripada usaha dan sumbangan bersama-sama dalam tempoh perkahwinan mereka dan termasuklah juga nilai harta yang diperoleh sebelum mereka berkahwin yang telah dimajukan atau ditingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan melalui usaha bersama.

Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa eksklusif untuk mendengar dan membicarakan tuntutan harta sepencarian daripada mana-mana pasangan Islam yang telah bercerai. Terdapat dua faktor yang diambil kira dalam menentukan sesuatu itu merupakan harta sepencarian atau tidak. Faktor pertama ialah sumbangan secara langsung. Sumbangan ini merujuk kepada usaha bersama yang jelas oleh pasangan suami isteri untuk memperoleh sesuatu aset itu. Ia merupakan faktor utama bagi mahkamah untuk mensabitkan adanya hak harta sepencarian semasa dalam tempoh perkahwinan.

Faktor kedua merujuk kepada sumbangan secara tak langsung oleh isteri atau suami kepada pasangannya dalam mendapatkan sesuatu aset. Sebagai contoh, suami bekerja untuk mendapatkan sumber pendapatan, manakala isteri ialah seorang suri rumah yang tidak bekerja bersama-sama dalam memperoleh sumber pendapatan tersebut. Namun, kebijaksanaan isteri dalam menguruskan rumah, anak-anak dan sebagainya ditafsirkan sebagai sumbangan secara tak langsung yang menjamin seseorang suami dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjanya.

Daripada huraian yang telah dibuat, caruman KWSP tidak dikategorikan sebagai harta sepencarian. Di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 51, Simpanan KWSP ahli yang masih hidup adalah hak mutlak pencarum untuk kebajikan mereka pada hari tua yang tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain. Akta KWSP ini pula terletak di bawah undang-undang sivil.

HUJAH DAN DALIL

Tiada dalil khusus tentang harta sepencarian dan cara pembahagian dalam al-quran dan hadis. Namun demikian, Allah SWT telah pun menggariskan prinsip asas pemilikan iaitu ia berdasarkan kepada usaha tanpa membezakan antara lelaki dan wanita. Firman Allah SWT berikut ini menjadi asas kepada kepentingan pertimbangan sumbangan secara langsung dalam penentuan harta sepencarian:

Maksudnya:
Dan bagi orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian darpada apa yang mereka usahakan.(Al-Nisa': 32)

Mazhab Syafie menggariskan, konsep perkongsian harta boleh dilihat melalui syarikat al-‘inan yang perkongsian dalam bentuk harta dibuat oleh dua pihak atau lebih melalui akad, dan keuntungan kembali kepada pihak tersebut menurut upah yang munasabah dengan kerja. Mazhab Hanafi mengharuskan secara mutlak syarikat al-abdan di mana perkongsian berlaku apabila dua orang berkongsi tenaga dan usaha tanpa harta dan modal. Maka keuntungan kembali kepada kedua-dua pihak atas kadar upah yang munasabah mengikut kerja. Mazhab Maliki dan Mazhab Hambali juga bersependapat begini dengan mensyaratkan persamaan dari segi jenis kerja.

Berdasarkan pandangan para ulama, dapat dirumuskan bahawa sumbangan kerja menjadi faktor menentukan wang simpanan KWSP sebagai harta sepencarian atau tidak. Perkongsian wang simpanan KWSP bukanlah perkongsian berakad dalam bentuk harta. Sekalipun terdapat perkongsian usaha dan tenaga, namun sumbangan isteri atau suami kepada pasangannya di dalam atau di luar rumah bukanlah dari jenis kerja yang sama yang dilakukan oleh pasangan tersebut. Oleh itu, wang simpanan KWSP bukanlah bentuk harta sepencarian tetapi harta pusaka yang wajib diagih-agihkan kepada yang berhak menerimanya melalui hukum faraid.

Sumber: Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Berhubung Dengan Isu-Isu Muamalat (2009)