JOM BERSEDEKAH TANPA DUIT


Hadis Keduapuluh Lima

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW bertanya kepada Nabi SAW : " Ya Rasulullah ! Orang-orang yang mempunyai harta (orang-orang kaya) telah mendapat pahala (lebih banyak daripada kami). Mereka solat sebagaimana kami solat, dan mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu."
Bersabda Nabi SAW : "Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu suatu untuk kamu bersedekah (menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah)? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan pada kemaluan seseorang kamu itu pun sedekah (persetubuhan seseorang dengan isteri juga sedekah)."
Berkata (Bertanya) para sahabat : "Ya Rasulullah ! Adakah salah seorang kami yang menggunakan syahwatnya dan adalah baginya pahala pada perbuatan itu (seseorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga)?"
Bersabda Rasulullah SAW : "Apakah pendapat kamu sekiranya seseorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala."
[Diriwayatkan oleh Muslim].