KWSP bukan harta sepencarian

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-67 yang bersidang pada 22 Feb 2005 telah membincangkan Hukum Menjadikan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sebagai Harta Sepencarian. Muzakarah telah memutuskan bahawa Wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan wang tersebut sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid

Keterangan/Hujah:

LATAR BELAKANG

Isu untuk menjadikan wang caruman KWSP sebagai harta sepencarian timbul apabila terdapat beberapa pihak yang mahukan pihak isteri juga turut mempunyai hak dalam caruman KWSP suami terutama apabila berlaku perceraian atau kematian si suami.

Undang-undang Pentadbiran Mahkamah Syariah di Kelantan dan Undang-undang Keluarga Islam di seluruh negeri dan Wilayah Persekutuan ada mentafsirkan maksud harta sepencarian. Dari sudut perundangan, terdapat sedikit perbezaan dalam pentafsiran terminologi ini sungguhpun tidak terdapat perbezaan dari segi amalan pembahagian. Umumnya, harta sepencarian dapat didefinisikan sebagai harta sama ada harta alih atau harta tak alih yang diperoleh bersama oleh suami dan isteri hasil daripada usaha dan sumbangan bersama-sama dalam tempoh perkahwinan mereka dan termasuklah juga nilai harta yang diperoleh sebelum mereka berkahwin yang telah dimajukan atau ditingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan melalui usaha bersama.

Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa eksklusif untuk mendengar dan membicarakan tuntutan harta sepencarian daripada mana-mana pasangan Islam yang telah bercerai. Terdapat dua faktor yang diambil kira dalam menentukan sesuatu itu merupakan harta sepencarian atau tidak. Faktor pertama ialah sumbangan secara langsung. Sumbangan ini merujuk kepada usaha bersama yang jelas oleh pasangan suami isteri untuk memperoleh sesuatu aset itu. Ia merupakan faktor utama bagi mahkamah untuk mensabitkan adanya hak harta sepencarian semasa dalam tempoh perkahwinan.

Faktor kedua merujuk kepada sumbangan secara tak langsung oleh isteri atau suami kepada pasangannya dalam mendapatkan sesuatu aset. Sebagai contoh, suami bekerja untuk mendapatkan sumber pendapatan, manakala isteri ialah seorang suri rumah yang tidak bekerja bersama-sama dalam memperoleh sumber pendapatan tersebut. Namun, kebijaksanaan isteri dalam menguruskan rumah, anak-anak dan sebagainya ditafsirkan sebagai sumbangan secara tak langsung yang menjamin seseorang suami dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjanya.

Daripada huraian yang telah dibuat, caruman KWSP tidak dikategorikan sebagai harta sepencarian. Di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 51, Simpanan KWSP ahli yang masih hidup adalah hak mutlak pencarum untuk kebajikan mereka pada hari tua yang tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain. Akta KWSP ini pula terletak di bawah undang-undang sivil.

HUJAH DAN DALIL

Tiada dalil khusus tentang harta sepencarian dan cara pembahagian dalam al-quran dan hadis. Namun demikian, Allah SWT telah pun menggariskan prinsip asas pemilikan iaitu ia berdasarkan kepada usaha tanpa membezakan antara lelaki dan wanita. Firman Allah SWT berikut ini menjadi asas kepada kepentingan pertimbangan sumbangan secara langsung dalam penentuan harta sepencarian:

Maksudnya:
Dan bagi orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian darpada apa yang mereka usahakan.(Al-Nisa': 32)

Mazhab Syafie menggariskan, konsep perkongsian harta boleh dilihat melalui syarikat al-‘inan yang perkongsian dalam bentuk harta dibuat oleh dua pihak atau lebih melalui akad, dan keuntungan kembali kepada pihak tersebut menurut upah yang munasabah dengan kerja. Mazhab Hanafi mengharuskan secara mutlak syarikat al-abdan di mana perkongsian berlaku apabila dua orang berkongsi tenaga dan usaha tanpa harta dan modal. Maka keuntungan kembali kepada kedua-dua pihak atas kadar upah yang munasabah mengikut kerja. Mazhab Maliki dan Mazhab Hambali juga bersependapat begini dengan mensyaratkan persamaan dari segi jenis kerja.

Berdasarkan pandangan para ulama, dapat dirumuskan bahawa sumbangan kerja menjadi faktor menentukan wang simpanan KWSP sebagai harta sepencarian atau tidak. Perkongsian wang simpanan KWSP bukanlah perkongsian berakad dalam bentuk harta. Sekalipun terdapat perkongsian usaha dan tenaga, namun sumbangan isteri atau suami kepada pasangannya di dalam atau di luar rumah bukanlah dari jenis kerja yang sama yang dilakukan oleh pasangan tersebut. Oleh itu, wang simpanan KWSP bukanlah bentuk harta sepencarian tetapi harta pusaka yang wajib diagih-agihkan kepada yang berhak menerimanya melalui hukum faraid.

Sumber: Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan: Berhubung Dengan Isu-Isu Muamalat (2009)

PENCERAIAN MELALUI SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-59 yang bersidang pada 27 Aug 2003 telah membincangkan Penceraian Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). 

Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  • Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mail dan sebagainya merupakan talak secara kinayah dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat.
  • Semua penceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk menthabitkan talak tersebut.
  • Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah penceraian yang tidak menepati adab penceraian yang digariskan oleh syarak.

CONTOH KES MENGENAI WASIAT ORANG ISLAM YANG DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH SIVIL

Antara kes-kes mengenai wasiat orang Islam y yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sivil di negeri-negeri Melayu semenjak penjajahan Inggeris sehinggalah selepas kemerdekaan tetapi masih menepati hukum wasiat Islam @ hukum syarak.


BOLEHKAH ANAK TIDAK SAH TARAF MEWARISI HARTA PUSAKA?



SUAMI MASIH WAJIB MEMBERIKAN NAFKAH SELEPAS MENCERAIKAN ISTERINYA DENGAN TALAK RAJ'I

Perasan tak banyak drama yang tunjuk bila suami ceraikan isterinya dengan talak raj’i,  isteri akan keluar rumah...
Ada pula isteri yg keluar rumah apabila dihalau mertua...
Walaupun telah diceraikan (talak raj'i) isteri tidak boleh malah tidak perlu keluar rumah.
Zalim jika suami menghalau isterinya yang baik dan isteri nusyuz jika keluar rumah tanpa keizinan suami.

Jom baca perkongsian niyh:

Suami masih wajib memberi nafkah dan tempat tinggal kepada isteri yang dicerainya dgn talak raj'i (talak 1 @ 2) selagi mana iddah belum tamat.
Dan isteri blh dirujuk tanpa akad baru tanpa perlu persetujuan isteri.

Dalam talak raj’i, status suami-isteri masih berlaku, kecuali 'hubungan' suami-isteri, kerana Allah swt masih memanggil si lelaki dengan lafaz “bu’ul” (suami) dalam firman-Nya,
(al-Baqarah : 228)

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلاَثَةَ قُرُوءٍ وَلاَيَحِلُّ لَهُنَّ أَن يَكْتُمْنَ مَاخَلَقَ اللهُ فِي أَرْحَامِهِنَّ إِن كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلأَخِرِ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلاَحًا وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (ruju` akan) isteri-isteri itu dalam masa iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak di larang oleh syarak) dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Oleh kerana itu, suami masih wajib memberikan nafkah dan tempat tinggal bagi isterinya yang ditalak raj’i selama mana belum tamat iddahnya. Suami dilarang mengusir isterinya dari rumah, kecuali isteri tersebut melakukan perbuatan keji yang jelas, seperti dijelaskan dalam firman Allah ta’ala,
(Terjemah Surat Ath Thalaq Ayat 1-3)

1. "Wahai Nabi! Apabila kamu menceraikan isteri-isterimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar) dan hitunglah waktu iddah itu serta bertakwalah kepada Allah Tuhanmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumahnya dan janganlah diizinkan keluar kecuali jika mereka mengerjakan perbuatan keji yang jelas. Itulah hukum-hukum Allah, dan barang siapa melanggar hukum-hukum Allah, maka sungguh dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui barangkali setelah itu Allah mengadakan suatu ketentuan yang baru."

2. "Maka apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujuklah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah pengajaran itu diberikan bagi orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barang siapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya."

3. "Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."

Gaya bertudung 4


Ada kengkwn ckp Cik Syarah hanya pakai tudung mahal jer. Salah tu. Cik Syarah x kisah berjenama atau sebaliknya. Yg Cik Syarah pndg material tudung tu. Maaf berckp...tudung murah kalau terlalu nipis @ jarang dan pendek dan tdk lebar, mmg Cik Syarah tdk akan beli.
Cik Syarah pun ada jer koleksi tudung dr Jln Tar @ pasar malam.
Cik Syarah ada byk koleksi inner magic yg murah tu...

Kebykan koleksi tudung Cik Syarah lebar dan over size. Tak kisah halfmoon @ selendang pnjg...

Knp Cik Syarah pakai tudung dan letakkan tag di bhgian dpn? Dulu Cik Syarah sembunyikan sb takut dikatakan menunjuk.  Tp sb ramai yg sllu tanya kat mana beli tudung (sampai ada yg menyelak-nyelak) ...so Cik Syarah rasa lbh baik pamerkan jerk. Bukan atas niat menunjuk jauh sekali riak.
Dgn cara mempamerkan tag nama tudung, org yg nmpk Cik Syarah pakai tudung trsebut (yg malu bertanya kedai tudung) akn mencari tudung tersbt melalui tag nama tu. Secara tdk langsung Cik Syarah membantu penjual2 tudung mengembangkan perniagaan mrk (^_^)

Kali ni Cik Syarah menggunakan shawl dr Sugarscarf dan inner kali ni dr Radiusite

PELAKSANAAN WASIAT

Syarat wasiat:
- harta milik si mati
- berwasiat semasa hidupnya
- diagihkn slp pengurusan jenazah &               pelunasan hutang si mati
- tdk melebihi 1/3 dr baki harta pusaka si         mati
  (jk lbh prlu dptkn persetujuan ahli                 waris)
- bkn kpd ahli waris yg berhak (krn hak ahli   waris ada dlm faraid)
  [jk kpd ahli waris mk prlu dptkn                     prsetujuan ahli waris)

Setiap ketetapan hukum Allah ada hikmah di sebaliknya..


Ayah


Ya Allah, 
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang telah menjadi sebahagian hidupku
Seorang lelaki yang hadir dalam setiap doaku
Seorang lelaki yang meletakkan namaku dalam lantunan doanya untukMu
Seorang lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuku, Ibu, adik-kakakku, dan untukMu
Seorang lelaki yang selalu menasihatiku untuk membakar kelemahan dan kekuranganku
Seorang lelaki yang menjadi pemimpinku di saat aku kehilangan arah
Seorang lelaki yang sentiasa memberi semangat untuku capai cita-citaku
Seorang lelaki yang menjadi pahlawan dalam keluargaku
Seorang lelaki yang ku ingin untuk mendampingiku menuju JannahMu

Dan aku berdoa untuknya
Berikanlah kekuatan kepadanya untuk mengharungi ujianMu, agar dia mampu bangkit setiap kali badai menerpa
Berikanlah dia kehidupan yang mulia, sehingga dia dapat memuliakanMu
Berikanlah dia hati yang senantiasa ikhlas dan kuat menerima amanah-amanahMu
Berikanlah dia dada yang lapang, sehingga dia dapat sabar dalam melalui kehidupan sehariannya
Berikanlah dia umur yang berkah, sehingga tiap detik waktunya tidak sia-sia di mata Mu

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA SLP KEMATIAN


Cara yg salah...
Biler ader kematian....Masing2 tangguhkan utk pmbhgian harta si mati atas alasan; takut dikata gelojoh sgt nk duit, kononnya tanah kubur masih merah dll.
Padahal dlm Islam pmbhgian harta si mati perlu disegerakan. Kenapa? 
Krn dlm harta tu ada hak pemiutang, anak yatim & mngurangkn kerumitan jk waris mati. 
Betulkan semula pemikiran kita.

Tidak mnjadi masalah jika ahli waris tdk mahu mmbhgikan harta si mati secara Faraidh. Blh dibhgikan sama rata dgn syarat semua ahli waris bersetuju. Dlm masyarakat Melayu dipanggil muafakat ttp dlm sistem pmbhgian harta dlm Islam dinamakan Takharuj

HUKUM MENIKAHI PEREMPUAN YG SDG MENGHAMILKN ANAK ZINA

WAJIB BACA!

Perbezaan pndpt antara Hukum Mengahwini Perempuan yg sedang menghamilkan anak zina.

Pndpt yg mengatakan tdk boleh mengahwini perempuan yg sedang mghamilkan anak zina tersebar luas tanpa disertakan bhw itu hnya pndpt Mazhab Hanbali & juga tdk disertakan dgn pndpt2 dr mazhab lain.

Kita kena cuba dptkn kesahihan sbl menyebarkn sstu hukum.


HUKUM PERMANIAN BERADAS


Bukti Islam bkn agm kuno/ketinggalan zaman sebaliknya agm yg menepati setiap zaman (^_^)

PENAMA

Penama bg org Islam hanya sbg pemegang amanah bkn pemilik...

Sebaiknya apbl brlaku kematian, penama yg mndpt hrta trsbt perlu mnyerahkan urusan pmbhgian kpd Pej Agama utk agihan scr Faraidh...jgn mkn sorang. Ada hak org lain & plg dikuatiri hak anak yatim.

Sesungguhnya kaedah yg Allah aturkan adlh seadil2 & sebaik2nya
Waallahua'lam


Gaya bertudung 3

Dikongsikan penulisan Ustazah Fatimah Syarha :

Fikrah Wasatiyyah.

Pakaian.

Prof. Abdul Halim Abu Syuqqah dalam buku Kebebasan Wanita, menghimpunkan banyak hadis sahih menggambarkan kepelbagaian fesyen dan warna pakaian pada zaman Nabi.

Kata beliau, tiada ketetapan khusus ttg cara berpakaian. Cuma ada 5 syarat saja.
1. Tutup aurat.
2. Sederhana-ikut uruf.
3. Diiktiraf-x seksi, x ketat.
4. X sama dengan lelaki secara total-seluar p boleh.
5. x sama dengan pakaian khusus agama lain -silang budaya x mengapa.

Dulu, masyarakat Melayu bertudung pakai kain batik.
Sekarang berjahit dan berpin macam budaya Parsi. Islam raikan perubahan zaman dalam perkara muamalat begini. Usah kita sempitkan.

Wanita sejak zaman Rasul berpakaian elegen, ikut kemampuan.

Anas bin Malik melihat Ummul Khaltum puteri Nabi SAW memakai selendang daripada sutera bersulam emas. (Hr Bukhari Muslim).

Tidak wajibpun pakai hitam arau suram seperti yang diberatkan di Timur. Tiada larangan wanita sejak zaman Nabi pakai warna apapun.

Kata Imam Ibnu Abd al Barr, ulama tiada perbezaan pendapat bahawa harus wanita pakai warna muasfar (merah), mufaddam (tersangat merah), warna ros, merah tanah. Semua ni mempunyai sandaran hadis sahih.

Fitnah lelaki?
Merekalah yang wajib tundukkan pandangan bila terfitnah. Merekala yang wajib jaga hati. Bukan menghalang wanita melakukan apa yang Allah dan Nabi bebaskan.

Hebat fikrah wasatiyyah dalam buku Kebebasan Wanita pada Zaman Risalah.

La syarqiyyah.
La gharbiyyah.
Islamiyyah!

Manusiawi bukan robotik.
Faham fitrah bukan asyik tegah.

Jom, nikmati buku ni.

#Perkongsian di atas diambil dr penulisan Ustazah Fatimah Syarha


Kali ni Cik Syarah pakai long shawl dari Sugarscarf . Still labuh melepasi dada & labuh di bhgn blkg. Kali ni stail silang pangkah di bhgn ats kepala (^_^)

Ni inner magic, Cik Syarah beli kat kwn je...Fiza