HUKUM MENEPUNG TAWAR/MENABUR BERAS/MERENJIS PENGANTIN

Menurut Profesor (Pensyarah Subjek Persoalan Fiqh Semasa kelas semester 7 Ijazah Syariah) hukum menepung tawar / menabur beras / merenjis pengantin :

  • Hanya sekadar adat, sememangnya tiada dalam hukum syarak. 
  • Tiada dalil yang melarang perbuatan ini (menepung tawar / menabur beras / merenjis pengantin) maka tiada masalah jika dilakukan tetapi boleh jatuh haram jika ada pensabitan/unsur lain seperti dilakukan kerana bertujuan menolak bala atau ada unsur syirik / khurafat, jika benda yang ditabur itu makanan seperti beras kunyit maka  berlaku pembaziran - ditegah kerana pembaziran adalah amalan syaitan. 
  • Walaubagaimanapun pembaziran yang dibuat seperti pelamin yang terlalu gah, hantaran mahal - mahal yang bertujuan menunjuk - nunjuk dan sebagainya, itu yang terlebih dulu dilarang jika dibandingkan dengan adat merenjis. 
Rumusan hukum:
  • Haram jika dilakukan sebagai satu cara/upacara memohon perlindungan/tolak bala (perkara khurafat/syirik)
  • Harus jika ia adalah sekadar penyeri majlis tanpa apa-apa maksud lain di sebaliknya. (Meraikan adat yang tidak menyalahi syarak diharuskan)
  • Sesetengah pihak melarang hal-hal di atas kerana ia bukan berasal dari budaya Islam. Hal ini diakui, namun perlu diingatkan bahawa Islam tidak melarang sebarang adat dan budaya selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur haram di dalamnya. (Islam agama yang sentiasa memudahkan umatnya, tidak jumud/kuno/sempit)
Dikongsikan juga pendapat Ustaz Azhar Idrus :
  • Menabur beras kunyit asalnya adat orang Hindu dan ianya adalah pembaziran kecuali pengantin itu adalah pengantin ayam.
  • Menepung tawar adalah membazir, lebih baik guna tepung buat cekodok bagi makan pada pengantin.
  • Merenjis air mawar dibolehkan kerana bertujuan untuk wangian tapi jika pengantin jenis tak solat, jangan guna air mawar tapi renjis guna air longkang.
Penambahan:

Pengamatan Profesor yang boleh dijadikan dalil merenjis air mawar pada pengantin diharuskan bagi meraikan adat yang tidak menyalahi syarak: 
Semasa beliau menghadiri perkhawinan anak Ustaz Haron Din, Ustaz Haron Din juga merenjis air mawar pada anaknya.

Terima kasih Allah kerana izinkanku mendalami agamaMu (^_^)

2 comments:

  1. salam...terima kasih,penyampaian yang sgt jelas dan faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sama2....smg ilmu ini brmanfaat utk kita semua😊

      Delete

Jom Share (^_^)