ISRA' DAN MI'RAJ


Nabi Muhammad menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Nabi menghadapi penentangan pihak Musyrikin Quraysh, bahkan turut menerima penghinaan ketika cuba untuk menyebarkan Islam di Ta'if. Lebih dari itu, cubaan berat yang mendukacitakan baginda ialah kematian isteri tercintanya Sayyidatina Khadijah r.a. dan juga kematian bapa saudaranya Abu Talib. Rentetan peritiwa itu, Allah mengurniakan peristiwa Al-Isra' dan Mi'raj untuk menunjukkan kekuasaanNYA, di samping memperkuatkan keazaman baginda.

Biarpun semua ulama sepakat mengakui bahawa peristiwa Isra' dan Mi'raj yang berlaku ke atas junjungan besar Nabi Muhammad itu benar, namun terdapat perbezaan yang ketara tentang tarikh sebenar peristiwa tersebut. Walau bagaimanapun, pendapat yang dianggap palingmuktabar ialah seperti yang dilapurkan oleh Al-Bukhari iaitu pada 27hb Rejab, kira-kira setahun sebelum Hijrah (621 M). Demikian juga dengan tempat berlakunya peritiwa tersebut. Ada yang berpendapat ia berlaku semasa Nabi sedang berada di rumah Aisyah. Tetapi kebanyakkan ahli hadith bersetuju bahawa ia berlaku ketika Nabi Muhammad sedang berada di rumah isterinya Ummu Hani binti Abu Talib.

Maksud ayat 1 surah Al-Isra' :
Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNYA (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa, yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Intisari Maksud Hadith :
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari jelas terbukti bahawa Nabi Muhammad menceritakan peristiwa iaitu bagaimana pada suatu malam ketika baginda sedang tidur, tiba-tiba datang malaikat Jibril membawanya pergi ke sudur Al-Hajar dan bertindak membelah dadanya daripada pangkal leher hingga ke bawah perut. Malaikat Jibril kemudiannya mengeluarkan hati baginda dan mencucinya dengan air Zam-zam dan menangkupnya semula setelah diisi penuh dengan iman dan hikmah. Selepas itu Nabi dibawa oleh Jibril ke Baitul Maqdis dengan menaikki 'Buraq' sejenis binatang berwarna putih dan saiznya antara baghal (haiwan kacukan antara kuda dan keldai) dan himar (keldai), mempunyai sayap di belakang kaki belakang dan boleh terbang selaju mata memandang. Di Baitul Maqdis Nabi sempat bersolat sunat dengan arwah para Anboya'. Seterusnya Baginda berangkat naik ke langit bersama malaikat Jibril. Di langit pertama, Nabi bertemu Nabi Adam a.s, sementara di langit kedua Nabi bertemu pula dengan Nabi Yahya dan Nabi Isa a.s. Nabi meneruskan perjalanan hingga ke langit ketiga di mana Baginda bertemu dengan Nabi Yusuf a.s, dan seterusnya bertemu pula dengan Nabi Idris di langit keempat. Perjalanan Baginda diteruskan di mana baginda sempat bertemu dengan Nabi Harun a.s di langit kelima. Berikutnya pertemuan dengan Nabi Musa a.s berlaku di langit keenam. Nabi meneruskan perjalanannya hingga ke langit ketujuh. Di sana Baginda bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s. Selepas itu Nabi diangkat ke Sidratu Al-Muntaha dan seterusnya ke Baitil-Ma'mur di mana Baginda telah difardhukan perintah solat oleh Allah. Di sepanjang perjalanan itu, Nabi diperlihatkan oleh Allah pelbagai perkara yang menakjubkan, tetapi mempunyai kiasan yang paling berguna untuk pemerhatian umat Islam.

Antara Peritiwa Isra' :
  • Pembersihan hati daripada unsur yang kotor iaitu darah hitam menggantikannya dengan unsur yang murni iaitu iman dan hikmah.
  • Tersedia binatang Buraq sebagai alat kenderaan yang oleh terbang laju.
  • Berehat sebentar di perjalanan (Tayyibah, Madyan, Tursina & Baitu-Laham) serta solat sunat dua rakaat.
  • Tiba di Baitul-Maqdis, bermesra dan solat sunat berjamaah bersama (arwah) para Anbiya' di sana.
Antara Peristiwa Mi'raj :
  • Memberi salam kepada penunggu langit
  • Kepastian yang dipinta oleh penunggu langit tentang status Nabi Muhammad
  • Saling mengucap salam dan tahiyyah antara Nabi (pendatang) dan pemastautin di langit.
  • Nabi memilih minuman sesuai iaitu susu dan madu ketika dihidangkan minuman dan menolak arak.
  • Menerima perintah solat
  • Mendengar nasihat Nabi Musaa.s untuk memohon keringanan fardhu solat daripada Allah

Ulama' Fiqh berpendapat bahawa inkar terhadap peristiwa Mi'raj hukunya fasiq, sementara inkar peristiwa Isra' hukumnya kafir.

No comments:

Post a Comment

Jom Share (^_^)