KAFFARAH BERBUKA PUASA PADA SIANG RAMADHAN


Kaffarah - Orang yang diwajibkan kaffarah ini ialah orang yang merosakkan puasanya pada siang hari bulan Rmadhan kerana jimak
Suami yang wajib membayar kaffarah, wlaupun isteri juga berpuasa ketika berjimak kerana dalam hal ini kuasa untuk berjimak di tangan suami.

SYARAT
Orang yang berjimak
  • sedang melaksanakan puasa secara sah
  • mengetahui tentang keharaman berjimak di siang hari Ramadhan
  • bukan yang diberi pengecualian untuk berbuka spt bermusafir
Tidak perlu kaffarah jika
  • terlupa ia sedang berpuasa
  • tidak memahami hukum
  • sedang berpuasa sunat
  • berbuka sahaja tanpa berjimak
  • bermusafir dan berjimak dalam perjalanan tersebut
hanya mengqada puasa sahaja

KAFFARAH
  • memerdekakan seorang hamba yang beriman lelaki @ perempuan, jika tidak mampu
  • berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak mampu
  • memberi makan 60 orang miskin;secupak beras @ makanan asasi.
*Kewajipan ini mesti dilaksanakan, jika belum mampu ketika itu, maka perlu membayarnya apabila ia mampu.

Hadis dari Abu Hurairah r.a katanya :

"Ketika kami duduk bersama Rasulullah s.a.w tiba-tiba datang seorang lelaki, dan berkata: "Wahai Rasulullah celaka saya". Rasulullah s.aw berkata: "Kenapa engkau ni?" Ia berkata: "Aku telah jimak dengan isteriku sedangkan aku berpuasa dalam bulan Ramadhan". Rasulullah s.aw bertanya: "Apakah kamu mempunyai hamba untuk dimerdekakan?". Jawapnya: "Tidak". Rasulullah bertanya lagi: "Apakah kamu sanggup melaksanakan puasa dua bulan berturut-turut?" Jawabnya: "Tidak". Rasulullah bertanya lagi: "Apakah kamu mempunyai makanan untuk diberikan kepada 60 prang miskin?" Jawabnya: "Tidak" Lalu Rasulullah meninggalkan kami sebentar. Ketika kami masih berada di sana, Rasulullah datang membawa satu raga kurma, lalu beliau bertanya: "Mana orang yang bertanya tadi?" Lelaki tersebut menjawab: "Saya ya Rasulullah" Rasulullah bersabda: "Ambillah ini dan bersedekahlah", Lelaki tersebut bertanya: "Apakah ada orang yang lebih fakir lagi daripada aku ya Rasulullah?", Lalu Rasulullah tergelak sehingga nampak gigi taringnya dan bersabda: "Berikanlah makanan tersebut kepada keluargamu"
(al-Bukhari & Muslim)

Mengikut para ulama mazhab Syafie, sekalipun tiada seseorang Muslim yang miskin, ia mesti membayar kaffarah, walaupun dia miskin & untuk membayar kaffarah tersebut mungkin ada yang membantu, tetapi makanan itu tidak boleh dibeikan kepada keluarganya, cerita di dalam hadis di atas adalah khusus kepada lelaki tersebut.

8 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Saya ingin bertanya bagaimana sekiranya si isteri yang membayar kaffarah tersebut, bukannya si suami? Adakah hukumnya sah kaffarah tersebut?

    Hamba Allah.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Saya ingin bertanya tentang hukum kaffarah yang dibayar atau dijelaskan oleh isteri. Adakah sah hukum kaffarah tersebut?

    ReplyDelete
  3. Salam. Sy dah ajukan soklan ni pd ustaz usul feq...menurutnya : Boleh jika isteri redho tetapi lbh afdhal jk suami yg membyrnya sendiri spt yg trcatat dlm hadis trsbt. (^_^)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, di sini jawapan utk kafarah bg suami n isteri..bagaimana utk pasangan yg trlanjur?adakah sama sperti kafarah suami n isteri? n kafarah yg d kenakan atas suami (sprti: pose 2 bln brturut2) adakah d kenakn ats pasangn laki, dan kafarah bg isteri (ganti pose yg trtinggal shj) utk pasangn perempuan? mohon pnjelasan lanjut….tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lmbt rply (x prsan).
      Ini khusus utk psgn suami isteri.
      Jk mksd anda psgn yg blm brkhawin-brzina (trlanjur)....mk mrk berdosa zina. Kena taubat

      Delete
    2. Kaffarah bg suami-puasa brturut2 kpd suami shj. Alasannya kuasa utk berjimak (bersetubuh) atas suami.

      Delete
  5. Salam.. kalau pasangan yg berzina.. perlu ke kedua2 nye kene kaffarah? Mohon penjelasan

    ReplyDelete
  6. wa'alaikumussalam.
    Kaffarah ini khusus utk psgn suami isteri.
    Jk pasangan yg berzina.. kedua2 nye tdk perlu kaffarah sebaliknya perlu bertaubat.

    Kaffarah adlh kesan kpd persetubuhan suami isteri. Kesan kpd perzinaan adlh hukuman hudud iaitu direjam bg mrk y tlh berkahwin & disebat 100 kali bg penzina yg blm berkahwin.
    Berzina adlh dosa besar & perkara yg haram.

    Jk perempuan yg dirogo/diperkosa, tdk perlu kaffarah juga krn ia termsuk dlm hokum zina cuma mangsa rogol tdk berdosa.(rogol/perkosa dlm dlm definisi Islam-bkn rogol dlm definisi undang2 sivil).

    Waallahu 'alam.

    ReplyDelete

Jom Share (^_^)