Gaya bertudung 3

Dikongsikan penulisan Ustazah Fatimah Syarha :

Fikrah Wasatiyyah.

Pakaian.

Prof. Abdul Halim Abu Syuqqah dalam buku Kebebasan Wanita, menghimpunkan banyak hadis sahih menggambarkan kepelbagaian fesyen dan warna pakaian pada zaman Nabi.

Kata beliau, tiada ketetapan khusus ttg cara berpakaian. Cuma ada 5 syarat saja.
1. Tutup aurat.
2. Sederhana-ikut uruf.
3. Diiktiraf-x seksi, x ketat.
4. X sama dengan lelaki secara total-seluar p boleh.
5. x sama dengan pakaian khusus agama lain -silang budaya x mengapa.

Dulu, masyarakat Melayu bertudung pakai kain batik.
Sekarang berjahit dan berpin macam budaya Parsi. Islam raikan perubahan zaman dalam perkara muamalat begini. Usah kita sempitkan.

Wanita sejak zaman Rasul berpakaian elegen, ikut kemampuan.

Anas bin Malik melihat Ummul Khaltum puteri Nabi SAW memakai selendang daripada sutera bersulam emas. (Hr Bukhari Muslim).

Tidak wajibpun pakai hitam arau suram seperti yang diberatkan di Timur. Tiada larangan wanita sejak zaman Nabi pakai warna apapun.

Kata Imam Ibnu Abd al Barr, ulama tiada perbezaan pendapat bahawa harus wanita pakai warna muasfar (merah), mufaddam (tersangat merah), warna ros, merah tanah. Semua ni mempunyai sandaran hadis sahih.

Fitnah lelaki?
Merekalah yang wajib tundukkan pandangan bila terfitnah. Merekala yang wajib jaga hati. Bukan menghalang wanita melakukan apa yang Allah dan Nabi bebaskan.

Hebat fikrah wasatiyyah dalam buku Kebebasan Wanita pada Zaman Risalah.

La syarqiyyah.
La gharbiyyah.
Islamiyyah!

Manusiawi bukan robotik.
Faham fitrah bukan asyik tegah.

Jom, nikmati buku ni.

#Perkongsian di atas diambil dr penulisan Ustazah Fatimah Syarha


Kali ni Cik Syarah pakai long shawl dari Sugarscarf . Still labuh melepasi dada & labuh di bhgn blkg. Kali ni stail silang pangkah di bhgn ats kepala (^_^)

Ni inner magic, Cik Syarah beli kat kwn je...Fiza

No comments:

Post a Comment

Jom Share (^_^)