SUAMI MASIH WAJIB MEMBERIKAN NAFKAH SELEPAS MENCERAIKAN ISTERINYA DENGAN TALAK RAJ'I

Perasan tak banyak drama yang tunjuk bila suami ceraikan isterinya dengan talak raj’i,  isteri akan keluar rumah...
Ada pula isteri yg keluar rumah apabila dihalau mertua...
Walaupun telah diceraikan (talak raj'i) isteri tidak boleh malah tidak perlu keluar rumah.
Zalim jika suami menghalau isterinya yang baik dan isteri nusyuz jika keluar rumah tanpa keizinan suami.

Jom baca perkongsian niyh:

Suami masih wajib memberi nafkah dan tempat tinggal kepada isteri yang dicerainya dgn talak raj'i (talak 1 @ 2) selagi mana iddah belum tamat.
Dan isteri blh dirujuk tanpa akad baru tanpa perlu persetujuan isteri.

Dalam talak raj’i, status suami-isteri masih berlaku, kecuali 'hubungan' suami-isteri, kerana Allah swt masih memanggil si lelaki dengan lafaz “bu’ul” (suami) dalam firman-Nya,
(al-Baqarah : 228)

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلاَثَةَ قُرُوءٍ وَلاَيَحِلُّ لَهُنَّ أَن يَكْتُمْنَ مَاخَلَقَ اللهُ فِي أَرْحَامِهِنَّ إِن كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلأَخِرِ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلاَحًا وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (ruju` akan) isteri-isteri itu dalam masa iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak di larang oleh syarak) dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Oleh kerana itu, suami masih wajib memberikan nafkah dan tempat tinggal bagi isterinya yang ditalak raj’i selama mana belum tamat iddahnya. Suami dilarang mengusir isterinya dari rumah, kecuali isteri tersebut melakukan perbuatan keji yang jelas, seperti dijelaskan dalam firman Allah ta’ala,
(Terjemah Surat Ath Thalaq Ayat 1-3)

1. "Wahai Nabi! Apabila kamu menceraikan isteri-isterimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar) dan hitunglah waktu iddah itu serta bertakwalah kepada Allah Tuhanmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumahnya dan janganlah diizinkan keluar kecuali jika mereka mengerjakan perbuatan keji yang jelas. Itulah hukum-hukum Allah, dan barang siapa melanggar hukum-hukum Allah, maka sungguh dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui barangkali setelah itu Allah mengadakan suatu ketentuan yang baru."

2. "Maka apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujuklah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah pengajaran itu diberikan bagi orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barang siapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya."

3. "Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."

No comments:

Post a Comment

Jom Share (^_^)