HUKUM PEMINANGAN & HUKUM MELIHAT BAKAL PASANGAN - jangan tiru macam Ariana Rose (^_^)

{Jangan ikut mcm Ariana Rose & Adam Mukhriz ea ...hehe}

Hukum peminangan adalah sunnat. Ini kerana dengan berlakunya proses peminangan, pihak lelaki akan dapat mengenali perempuan yang akan dikahwininya. Begitu juga sebaliknya, pihak perempuan dapat mengenali bakal suaminya.

Antara hikmah peminangan adalah membolehkan pihak bakal suami melihat dan berkenalan dengan pihak bakal isteri.

Syarak membenarkan pihak bakal suami dan bakal isteri masing - masing melihat bakal pasangan hidup mereka.

Pernah berlaku pada zaman Rasulullah, al-Mughirah bin Shu'bah telah meminang seorang perempuan untuk diperisterikannya. Rasulullah bertanya kepadanya: "Adakah engkau telah melihatnya?"

Jawabnya: "Tidak."

Lalu Baginda bersabda yang bermaksud:
"Lihatlah kepadanya, kerana melihat itu merupakan perkara asas yang boleh mengekalkan (perkahwinan) kamu berdua."


Di dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Apabila seseorang daripada kamu mahu meminang seseorang perempuan, jika dia boleh melihatnya sehingga mendorongnya untuk berkahwin, maka lakukanlah sedemikian."

Hadis-hadis tersebut membenarkan pasangan yang ingin berkahwin melihat sesama sendiri sewaktu peminangan.

Dengan tindakan tersebut akan dapat mententeramkan hati yang mungkin tertanya-tanya berkaitan dengan pasangan masing-masing.


(Rujukan:Falsafah Tasyri' bab Munakahat)

No comments:

Post a Comment

Jom Share (^_^)